Tadi aku terbaca satu artikel pasal penjagaan bayi untuk mengelakkan alahan.
Saturday, March 26, 2011
Jadikan bayi anda sedikit PENGOTOR
Tadi aku terbaca satu artikel pasal penjagaan bayi untuk mengelakkan alahan.
Thursday, March 24, 2011
Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
--------------------------------------------------------
Aku tak pernah nak suka dengan lagu Anuar Zain. Tapi SEDETIK LEBIH buat aku jatuh cinta.....dengan lagu ok. Bukan dengan Anuar Zain. Heheheh.
Oh layannnnn...Oh bestnye laguuuu.....Ohhhhhhhh
Arghhhhhhhh
Tuesday, March 22, 2011
Kami PRIHATIN
Monday, March 21, 2011
Harimau tanpa badan dan jantina
Aku besyukur plus suka giler bila company aku sekarang ni tak gunakan Rimau untuk urusan gaji dan sebagainya. Sebab, aku dah banyak mengalami pengalaman yang buruk plus menyakitkan hati dengan salah satu bank yang tersangat popular kat Malaysia ni.
Sebelum ni aku memang dah banyak dengar komplen pasal bank ni. Tapi seriously aku tak pernah expect benda yang sama akan jadi kat aku. Sekarang aku salah seorang mangsa yang dah terkena selain suami aku, kawan-kawan aku, ex-bos aku, ex-opismate aku.
Aku - Dulu kat company lama, aku terpaksa guna Rimau. Selalunya kalau aku tak guna duit atau ada duit berlebih, aku akan peramkan aje dalam bank tu. Malas nak kuarkan. Maknanya, transaction aku dalam sebulan takkan lebih daripada 3 transactions. Paling kuat pun, withdraw gaji and bayar keta. Tu je. Tapi bila tiba-tiba aku wat sport check kat penyata ringkas, aku tengok ada transaction yang aku sendiri tak pernah tau. RM56.00. Tak tau apa punca, tau-tau duit aku dah lesap. Aku dah panas. Mencarut la.
Suami – Dia ni memang rajin check penyata ringkas. Sebab kerajinan dia tu la yang pengaruh aku untuk buat benda yang sama. Dulu, dia selalu merungut duit dia kene tolak RM23-30. Sampai lah sekarang, selang dua hari, duit dia kena tolak RM2.
Ex-bos - Pun sama.
Ex-opismate – Lebih kurang je kes dia ngan aku. Beza jumlah je. Dia siap pesan kat aku, “kalau salary u dah masuk, cepat-cepat keluarkan before they deduct your money”.
Sebelum ni Cipong pernah persoalkan benda ni kat bank. Dan macam biasa, kita akan kalah dengan jawapan diorang yang entah apa-apa. So, aku malas nak tanya dah. Tambah-tambah lagi, diorang akan mintak kita datang sendiri ke cawangan terdekat dan aku tau, aku takkan dapat balik duit tu. Aku percaya, mesti dah ramai yang kena. Masa nak deduct duit aku, takde plak nak suruh aku datang bank bagai.
Mungkin aku tersilap....
Mungkin ada deduction yang tertentu yang aku tak pernah tau. Tapi, kalau betullah ada deduction tertentu ni, maknanya tak salah jugak lah aku beralih ke bank lain sebab selama aku guna Pablikbeng untuk bayar bil Celcom, bil Astro, bil utility, loan PTPTN, tak pernah plak ada hidden caj. Semua transaction aku very transparent. Serius.
Pesanan aku : Kepada sesiapa yang aktif menggunakan Rimau, rajin-rajinlah cek penyata ringkas. Lagi bagus, dapat gaji je terus withdraw semua, simpan kat bank lain. Nampak macam payah. Tapi lagi baik daripada hilang duit. Tu pun kalau sayang duit lah.
Sikit-sikit, lama-lama jadi BUKIT.
Sunday, March 13, 2011
Saguhati untuk hari ini
"Nah, duit kau."
Aku dapat saguhati RM100. Wahh..rejeki jangan ditolak. Hee. Alhamdulillah.
Tiba-tiba pagi isnin aku yang penuh bulus ni terus betukar jadi indah menawan. Haha.
Tak semua yang dapat saguhati ni. Cuma mereka-mereka yang berkahwin untuk pertama kalinya, mereka-mereka yang bersalin, mereka-mereka yang masuk wad and mereka-mereka yang apa tah lagi.
So, memang langkah kanan lah duit ni datang dalam poket aku. Tau-tau je aku nak beli handphone baru. Huhu.
Dan pagi ni jugak la, aku sign letter for staff confirmation. Kejap je rasa 3 bulan.
Now, aku dah jadi permanent staff kat tempat baru ni. Alhamdulillah.