Pages

Friday, March 15, 2013

Qaiser is ONE - 12 March 2013

~ My baby is growing up so fast ~
~ Note for you ~
~ Cake from meme Alin & uncle Firul. Tq ~

Thursday, March 7, 2013

Nursery for my baby

Kelmarin aku ambik cuti satu hari. Aku nak survey nursery area shah alam. Dah seminggu aku mengoogle. Of course yang registered with JKM.

Nursery terbaik area Shah Alam.
Nursery yang ok area Shah Alam.
Taska yang ok area Shah Alam.

Haa gitu tajuk aku menggoogle.

Lom lagi forum2 yang aku seacrh. Siap print lagi kau.

Eh tak masuk mimpi mimpi aku di malam hari. Hee

Punyalah gigih aku nak cari info. Dan tibalah waktu aku pergi ke nursery2 ni tadi. First nursery yang aku pergi. Reaksi aku - what? Memang macam ni ke? Terkurung dalam bilik? Kau tengok aku, aku tengok kau. Bosan? Tengok dinding plak. Adoiii.

Yela. Seumur hidup aku tak pernah masuk nursery. Agak jakun disitu. Bila dah 2-3 nursery aku masuk, ok now aku dah paham concept nursery. Sedapkan hati.

Paling tak boleh lupa, kejadian kat nursery seksyen 24 - tengah aku bersembang dengan one of the teacher, tiba-tiba ada seorang budak lebih kurang umur 3 tahun terjaga dari tidur. Budak tu terus berlari ke arah kami sambil nangis, "nak mama..nak mama..nak mama". Aku masa tu? "Takpelah, saya balik dulu". Aku terus sarung sandal and blah. Airmata aku pulak yang berjurai-jurai sampai aku tinggalkan Cipong and Qaiser dalam nursery tu. Haiiii la. Sensitipnya jiwa mak-mak ni.

Aku rasa macam tak sanggup nak continue misi mencari nursery terbaik ni kata kau. Apa lagi la yang bakal aku nampak lagi lepas ni. Eeee tak sanggup. Tapi nak buat guano? Nak taknak kena la cari jugak.

Sampai rumah, aku takde mood. Selera nak makan pun dah jauh sampai Sandakan. Bila Qaiser merengek sikit, aku jadi berang. Stress semua ada. Kesiannya dekat dia. Dah setahun syok duduk dengan wan, atok and abang yen now dia kena duduk nursery.

Redha ye sayang..


Wednesday, January 2, 2013

Year 2012

Assalamualaikum.

Bagi aku tahun 2012 was a great year for me and family.  Alhamdullilah atas segala nikmat kurnia yang Allah beri pada kami. Syukur.

I am a mother
Dengan izin-Nya, aku diberi peluang untuk menjadi seorang wanita yang bergelar 'mommy, ibu, mak, bonda, umi'. Aku macam tak percaya ~ now I am a mother. Umur anak sulung aku pun dah 10 bulan dan pencapaian terbaik aku setakat ini ~ i am a fully breastfeed mommy to my son until today. Mohon Allah permudahkan perjalanan hidupku untuk menjalankan tanggungjawab pada amanah Allah yang amat-amat aku kasihi.



Zuriat yang pertama
12.03.13 - Selama 9 bulan aku mengandungkannya, dan melahirkannya. 2012 menyaksikan betapa besarnya hadiah yang aku terima daripada Allah named Qaiser Ash Hafiy bin Mohd Shaifol. Betapa kasihnya aku pada kurniaan Allah ni. Precious gift that I ever had in my life.



Rumahku Syurgaku
Alhamdullilah, Allah permudahkan bagi kami untuk melengkapi lagi keperluan hidup my family. DiberiNya kami rezeki untuk beli rumah sendiri. Dipermudahkan olehNya dalam segala urusan, dipermudahkan olehNya untuk kami sama-sama simpan duit sendiri, dan akhirnya dapatlah kami berteduh di rumah yang di idamkan. Syukur.



Vono in career.
Apakah vono? Vono maksudnya selesa macam tilam vono. Kau hade? Haha. Seriously,  aku selesa dengan my career, my workplace, the environment,  people.  And of course, the salary.  Yes! Vono! So for 2013 ~ aim to improve my skills to ensure this year salary up lagi and bonus berganda-ganda. Berbaloi-baloi!!



And of course there must be someone always beside me. My husband. He is the only one. Ok to thank on what he has done, aku berazam to be a fantastic wife yang takde kat wife-wife orang lain. Hahahahah.


Ok. End of 2012. Now we go to 2013. Azam aku simple.

Wish To Be :
GOOD daughter,
FANTASTIC wife, and 
SUPERB mommy.


Moga Allah permudahkan perjalanan hidupku.

Moga Allah berkati dan limpahi rezeki buat keluargaku.

NOTHING else I can say ~ Syukur syukur syukur Alhamdullilah.



Monday, November 19, 2012

Tengok gigi saya!!



Hi Mommy! Saya dah ada gigi. Gigi saya dah ada 2 batang. Tapi yang menyerlah lebih baru nan sebatang. Tengok gigi saya comel tak?

12.11.12 - 8 months

My dear Qaiser,

Alhamdulillah mommy happy tengok awak growing up.

Mommy happy bila tiap kali balik kerja, awak tak sabar-sabar nak peluk mommy.

Awak dah pandai memilih orang.

Awak suka sangat kalau mommy masak lauk kurma.

Tapi mommy tak suka awak menangis.

Awak sangat jarang menangis.

Tapi bila dah menangis, bila awak menangis, awak buat mommy kecut perut mengigil satu badan tau.

Tak sanggupnya mommy nak hadap situasi tu.

Awak nak tau tak rahsia besar mommy?

Rahsianyaaaa....

Kadang-kadang mommy rasa yang mommy dah sayang awak lebih daripada segalanya termasuk daddy. Hahahaaa. Syhhhhh.

Sunday, November 11, 2012

Burger Bakar Lokas Makan

 Rayyan : Where is my burger..


Kalau nak ikut bahasa ibunda mak aku, Lokas tu maknanya lekas a.k.a cepat. Yang aku nak story mory ni pasal satu tempat makan kat Puchong ni, Lokas Makan namanya. Dengan niat nak makan burger bakar. Ni pun first time aku makan kat sini sebenarnya. Tu pun suggested by Cik Pija.

Aku pun order la burger - Chicken Cheezy yang berharga RM14.50.

Ni bukan first time aku makan burger bakar. Dah dua kali dah. Tapi kali ni harapan aku nak hancur. Keciwe. Gagal. Semua ada. Yang aku dapat bukan chicken bakar tapi chicken goreng. Hoiii la. Tipu je. Serupa macam aku makan Zinger burger ok. Rasa - Out. Rupa apatah lagi - tak menggiurkan langsung pun.Patut la takde orang. Puiiii. So jangan sesekali makan burger bakar kat sini. 

Tak berbaloi-baloi-baloi-baloi-baloi ~

 Yang terbakar bukan burger - tapi hati yang terbakar derrrr...



Saturday, November 10, 2012

10.11.12

November Rain.

Sekarang ni tiap-tiap hari hujan. Less than 2months, tutuplah kisah  2012.

Today is 10.11.12. Cantik date hari ni. Macam aku. Heee.

Hari ni my opismate, Kak Maz nikah with her ex-staff, Nizam.

Pandai kome berahsia ye. Tup-tup tunang. Malam ni dah boleh tidur sebantal.

My lil pun dah besar. Next 2 days umur Qaiser dah 8 bulan. Ohh mannn...time flies so fast.

Gigi pun dah mula membesar. Yang ini seram. Coz he still breastfeed.

Malam ni aku nak belanja my love family makan-makan.

Alhamdulillah, gaji naik, ada rezeki lebih, kongsi dengan mereka tersayang.



Friday, October 19, 2012

King Bed


Bila aku jumpa pic kat bawah ni, aku terus gelak and hangguk kepala laju-laju tanda setuju. Hahahah.




Cuma nasib baik aku ni jenis tidur mati, so berhimpit macam mana pun aku tetap tidur. Hihihi. Kadang-kadang bila dah bangun tidur, baru la terasa sakit satu badan. Haih la, anak..anak. Cuma kami tak pernah lagi mengalami macam pic no.5 tu. Tu lagi melampau. Hahahaaaaha.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers