Pages

Friday, May 11, 2012

I am 2months old


Selamat pagi...

Eeh..masa mula-mula bukak blog tadi, aku ingat dah tersilap masuk tempat, rupanya sudah tukar ka sekarang?? Ketinggalan...Hihihi

12.5.12 - My hero dah berusia 2 bulan. Alhamdulillah, dah besar tote mommy ni. Hehehe.

Malam tadi aku bawak baby pergi inject dengan Dr Ah Ah Ahmadddd....at DEMC. Macam bulan lepas jugak, aku dah agak kompem dia nangis sebab tidurnya diganggu. Time tengah sedap tidur lah Dr nak inject ye sayang. Bulan ni emosi aku agak terkawal sikit sebab hati aku dah kuat sikit nak dengar dia menjerit. Tak macam bulan lepas, belum sempat baby nak menjerit, aku dah nangis dulu. Mcam montot aku pulak yang kene inject. Hahahah.

My hero growing up :

1 month : Weight 4.4kg and Height 54cm



2 months : Weight 5.5kg and Height 57cm



Alhamdulilah, till today aku still give him BM a.k.a breastmilk. (hamboihhhh...sejak baca susu.com, macam2 sotpom aku dapat...hahah). Actually aku ada tried feed baby dengan FM a.k.a formula milk (nak jugak...hee) but he refused, nangis-nangis taknak. Aku just tried Anmum and Frisolac. Memula memang berniat nak fully breastfeed tapi bila aku dengar cerita kengkawan pasal kekeringan air tetek dengan tiba-tiba, so benda tu buat aku terpikir untuk campur. So, untuk preparation kononnya better aku ajar dia awal-awal. Dah nama pun kurang ilmu, rupanya ada banyak cara camna nak banyakkan BM ni. Eh aku macam dah lari tajuk ni. 

Lain-lain kalilah aku buat entry BM vs FM nih. Gituuuuu. Hahaha. Back to my hero. Lagi dua hari aku nak kerja dah. Alhamdulillah coz mak aku masih sihat and offer nak jaga baby.  Sangat-sangat besyukur and aku pun dah berkali-kali tanya mak aku sama ada dia larat ke tak. Yelah, aku pun kesiankan dia jugak tapi ini untuk sementara je. When baby is 6 months camtu, baru kami confident to send him kat nursery. Kasi besar sikit dulu. Kalau tak, seminggu sekali la mommy and daddy dapat jumpa baby coz we decided untuk hantar baby ke rumah MIL. :(

My hero progress :

  • Pandai dah nak sengih-sengih bila kita main dengan dia. Dah pandai jugak nak sembang. Oh bahgiaaanyaa mommy sayang. 
  • Dulu kalau salin pampers, mesti nak kena nangis but now, senyap je. Lagi suka dia kalau orang massage2 kan montot iye tu. 
  • Sangat suka mandi. Kalau dah habis mandi, mesti nak nangis kejap. Nak berendam lama ye??
  • Sekarang dah tidur dalam buai. Lena tidur.....
  • Baju pun dah banyak yang tak muat. Pasni kita ajak daddy soping baju ye..
  • Suka tidur bawah ketiak ibu. Citttt...
  • Kentut macam machine gun. Mahal hokeh??
Setakat ni mommy rasa senang sangat nak jaga kamu. Pagi tidur, petang main, malam tidur. Tak banyak ragam. Alhamdulillah. Hope mommy senang nak jaga sampai besar. Kalau nakal gak, siap kau makan ibu jari kaki mommy. Okeh!!! 

Cepat besar ye my sayang. Nanti boleh main dengan Abang Yen yang haru tu. ;)


Wednesday, April 18, 2012

pregnant lady




Assalamualaikum.

Kalau nak cerita bab pregnant ni, aku rasa aku lah manusia yang "ala-ala tak besyukur" kalau nak comparekan dengan orang lain yang menantikan saat-saat ni tapi belum ada rezeki lagi.

Sebab? Jujurnya, aku tak rasa pun pregnant ni pengalaman yang sweet. Bunyi macam tak bersyukur kan?? Camne eh nak cakap...heheh. Bagi aku, bila aku disahkan pregnant, memang la sweeeeeeeeeettttt. Tuhan je yang tau apa yang aku rasa. Betapa rasa macam tak percayanya yang aku ni tengah carry lagi satu nyawa dalam perut ni. Betapa sayangnya aku kat dia.

Hari-hari aku pegang perut aku ni. Aku rasa bersyukur gila sebab Allah makbulkan doa kami tuk mempunyai zuriat tahun 2012. Ye, memang aku and Cipong merancang masa tu. Bila orang asyik tanya, aku jadi rimas. Macam aku ni tak nak anak pulak. Aku boleh sabar, korang plak yang takleh nak sabar ye. Haihhh.

yang buat tak sweet tu bila, selama 9 bulan aku pregnant ni :

1. Aku sempat puasa satu hari je.

2. alami muntah yang sangat teruk. Dari makanan berkuah ke makanan tak berkuah, dari roti cream ke roti kosong, dari nasi ke bihun/mee, semua perut aku reject. Air pulak, dari panas ke sejuk, dah bermacam-macam air aku beli tapi semua tak boleh terima.

3. lost weight 4kg at 1st trimester

4. selalu muntah dalam kereta

5. mudah sangat kena demam tapi terpaksa gak bekerja

6. selalu sakit kepala sampaikan bilik aku kat opis tu dah bau minyak angin je

7. hampir2 admit sebab air kurang dalam badan

8. percaya tak aku ada 2-3 helai je baju pregnant. aku tak suka beli baju pregnant

9. tidur tak lena sebab tengah tidur pun aku rasa nak muntah

10. faced wholeday sickness and paling teruk it happened sampai aku nak bersalin. ouchhh

bunyi macam simpton yang normal kan? tapi aku yang alami ni, rasa separuh nyawa nak tercabut. hilang nikmat dunia. perghh dasatttt. hahaha. tak sanggup rasanya nak ingat that period.

apapun aku bersyukur sangat sebab allah bagi aku peluang untuk rasa nikmat menjadi seorang ibu pada anak-anak aku. eh banyaknye bunyi anak tu? hikhik

wassalam..


Tuesday, April 17, 2012

Nenenenenennnnnn



ni la barang2 basic yang aku beli


today aku dah mula practice susukan baby pakai botol tomme tippee - closer to nature lah kununn. tapi baby macam tak berapa nak rakus sangat menyusu. tak biasa lagi satu hal, tak kenyal macam mommy dia punya pun ye gak kot. heheee.

aku memang berniat nak bagi fully breastfeed to my baby. mula-mula aku ingatkan senang je but actually banyak step that we have to follow to ensure the nutrition in the breastmilk tak hilang. so aku pun google sebanyak boleh to get the info.

pheww. memang kalau nak diikutkan agak remeh from the pumping, storage, sterilize n macam2 lagi lah. so, from that aku pun search la breastpump and other keperluan tuk melaksanakan niat yang satu ni.

hopefully la aku dapat bagi dia fully breastfeed. kalau tak lama pun, setahun pun jadilah. kata susu ibu susu terbaik gituuuu. nampaknya pasni baby kena paksa la ye. no choice. takkan nak nyonyot tetek pengasuh plak?? hikhik. penat mak perahhhh nak. minum jangan tak minum.



Monday, April 16, 2012

Nasib badan si Kecik


lagi sebulan je lagi aku nak sambung kerja..

sebulan tu tak lama..

kejap je tuu..

mengenangkan nasib anak aku yang sorang ni, sayu rasa hati..

siapa la yang bakal jaga dia sementara aku keluar bekerja..

boleh ke orang tu jaga macam mana aku jaga?

boleh ke orang tu jaga macam jaga anak sendiri?

sabar ke dia dengan ragam anak aku nanti?

haih..macam2 aku fikirkan..

kalau pun tak boleh jaga macam yang aku harapkan, atleast aku harap dia jaga anak aku sebagai manusia, bukan patung yang diorang boleh solotip atau ikat tangan anak aku kalau dia menangis.

ya allah jauhkan la..nauzubillah

ya allah..aku sayang anak aku..sayang sangattttt

temukan lah aku dengan orang yang betul2 ikhlas tuk menjaganya..

*mata dah kabur..pipi mommy dah basah..xleh tulis panjang2*



Sunday, April 1, 2012

Pride 'N' Joy



Hi.

Title kat atas takde kena mengena pun ngan post aku ni.

Sebab aku sendiri tak tau nak wat title apa.

Tiba-tiba aku terpandang baju yang anak aku tengah pakai ni.

Pastu copy paste jela. Huhu

Eh lamanya tak menulis. Sampaikan password pun aku boleh terlupa tadi. Hihi.

Kalau nak dikkutkan macam-macam yang aku nak ceritakan kat sini.

Tapi tak cukup page plak nanti. Setahun punya ceritalah katakan.

Tambah-tambah lagi cerita pasal kewujudan anugerah Ilahi yang sorang ni.

Takpe-takpe. Tak kisah lah lambat ke tak, aku nak cerita jugak.

Sebab aku tau, ada seorang pembaca tegar blog aku ni. Hahahah.

Tak payah ramai-ramai baca pun takpe. Sebab aku tau, memang takde sape nak baca blog aku yang suam-suam kuku ni. Hahahah.

Tambah-tambah lagi, post aku pasni mungkin agak ke arah "ibu-ibu, bapak-bapak".

Hikhik...

Aku nak cerita and abadikan dari :

* aku pregnant
* bersalin
* sampai la berpantang ni ha....

Tak ke setahun punya cerita tu?? Hehehe

Okeh.

Bersambung...

Saturday, December 10, 2011

Baby - 6 months old

Sekarang baby aku dah masuk 6 bulan lebih.

Kejap je aku rasa. Tak sabar nak keluarkan dia. Hehehe.

Baby pun dah menendang and tendangan dia buat aku berhenti buat keje sebab nak tengok perut. Hehe.

Alhamdulillah so far, baby sehat macam mummy dia yang makin sehat dan membesar. Hahaha.

Dari 45kg to 48kg and now dah 53kg.

And baby plak dah 600gram. Alolorrrr.


Monday, December 5, 2011

Key Performance Indicator





Petang tadi tengah aku kusyuk buat keje, tiba-tiba bos aku panggil masuk bilik dia.

Rupanya sebab dia nak tunjuk kat aku result for my performance.

Atoiyai, malunya pun nak dengar. Hikhik.

Malu kot-kot selama aku bajet bagus buat kerja ni, rupanya tak memuaskan hati dia ke..

Malu kot-kot bajet bagus aku tu berjaya mencuit hati dia ke..tak mau la puji depan-depan, maluuuu. huhuhu.

So, aku pun masuk bilik dia sambil buat muka blur.

Serius aku tak paham sebenarnya apa yang dia explainkan. Aku dengarkan aje. Nak je aku suruh dia terus bagitau je sama ada aku ni pekerja yang cemerlang ke? Gemilang ke? Terbilang ke? Hahahah.

Cite punya cite, dia pun cakap total markah aku = 3. Dalam hati terdetik gak, 3 tu banyak ke sikit? Nak tanya, malu..hee

Belum habis lagi rupanya. Baru page 1, page 2 ada lagi. Cite punya cite, lagi sekali dia cakap total markah aku =1.6.

“So, your total performance is 4.6. Now, look at the column where you are.”

4.0 – 5.0 = Excellent.

OMG!! Adakah bermakna aku akan dapat 4months bonus??? Hahhahaha. Berangan. Belum lagi beb. Final result tak keluar lagi. Bukan boss aku je yang decide. Ada lagi benda lain kena debate. Haih macam nak tunggu result exam aa plak. Takpelah, aku reda apa jua. Hee. Kalau ada rejeki tak kemana. Ya Allah, sekiranya itu yang terbaik buatku, Kau murahkan la rezeki hambaMu ini. Amin………..

Tunggguuuu……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers