Pages

Thursday, June 30, 2011

My Adek's E-Day




Mereka bercinta lebih 6 tahun..

Berkenalan sejak zaman sekolah lagi. Ish2, orang lain baca buku, depa pi bercinta plak. Heee. Mereka selalu dipisahkan oleh jarak. Sorang utara, sorang selatan. Sorang barat, sorang timur.

Dugaan datang dan pergi..hikhik pandai-pandai je aku. Tapi tak mustahil..mesti ada kan? kan? Hee. Tapi Alhamdulillah, mereka sayangkan perhubungan mereka. Buktinya, mereka selamat mengikat tali pertunangan on 25 June 2011 (Sabtu) lepas.

Ayie, adek lelaki aku yang bongsu and jugak lelaki tunggul, opss tunggal dalam adik beradik aku. So, congrates la kat ko ye. At first, aku agak suprise bila ko kata nak bertunang. Mula-mula dengar, aaaahhhhh semputtttt. Teranjat boboi. Tapi ko macam serius aa plak. So, takpe lah. That is yours. Hopefully jodoh ko kekal sehingga akhir hayat.

Rombongan meminang berjalan lancar dengan jayanya. Alhamdulillah. Lagipun belakang rumah je pun. Heee. To Ayie and Eca, Congrates yaaa!!!


Sunday, June 26, 2011

Niat yang IKHLAS

Dulu aku tak pernah nak betul-betul ikhlas untuk satu "perkara" ni.

Ada je alasan aku tuk mengelak. Kalau aku disuruh untuk buat "perkara" ni, sakit je hati aku. Mula lah aku tunjuk muka ketat. Ada jelah yang tak kena. Mula lah aku rasa tak nak jumpa orang, tak nak pergi mana-mana. Sebab aku rasa tak selesa. Tak tau kenapa aku rasa tak confident. Jahilnya aku. Heee.

Sebab bagi aku, kalau nak buat "perkara" ni, kena ikhlas. Tak boleh dipaksa-paksa. Tak boleh nak berubah sebab orang lain yang mintak kita berubah. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni lalang pun ye gak. Bila tengok camni, aku nak camni gak. Bila dah tengok camtu, aku nak camtu gak. Konon nak merasa semua benda. So, aku anggap "perkara" ni yang membataskan aku. Padahal tak sepatutnya aku pikir camtu. Tak baik woooo....

Dulu aku pernah berazam untuk teruskan "perkara" ni tapi iman aku tak kuat. Kejap je aku buat. Pastu aku malas dah. Tu pun berkira-kira sangat nak buat. Tapi, lately banyak benda yang buat aku rasa nak tetapkan pendirian aku. Nak kata sebab dah kahwin, tak jugak. Nak kata sebab ikut trend pun tak jugak. Aku pun tak perasan bila hati aku ni tiba-tiba terdetik kata, "Ya,saya mesti pilih". Hahaha.

And sekarang aku tengah berusaha ke arah tu. Aku akan pastikan kali ni - aku cakap, aku buat. Jangan sembang je sampai KLCC pun leh tumbang. Hee. Kalau Dia tak berkira dengan aku, kenapa aku perlu berkira dengan Dia? Ishh...tah la. Aku pun tak berani nak cakap lebih-lebih. Takut aku tak mampu je. Cuba, try, test. Kata pun cuba kan. Slow-slow la. InsyaAllah.


Wednesday, June 22, 2011

Bila ISTERI menangis, apa SUAMI buat?

Pabila isteri menangis dihadapanmu..

Hargailah ia sebelum terlambat..

Pabila isteri menangis dihadapanmu..

Bererti dia sudah tidak lagi mampu menahannya..

Pabila isteri sedang menangis dan engkau memegang erat tangannya..

Maka isterimu pasti akan bersama sepanjang hidupmu..

Pabila isteri menangis dan engkau membiarkannya pergi..

Maka isterimu tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu buat selamanya..

Wahai suami,

Seorang isteri tidak akan mudah menangis..

Kecuali dihadapannya adalah orang yang amat disayanginya..

Airmata yang mengalir adalah keranamu..

Sayangnya isteri kepadamu..

Wahai suami,

Pabila isteri menangis, pegang eratlah tangannya dengan penuh pengertian..

Kerana pegangan itulah yang akan membawa kamu bersama sepanjang hidupmu..

Saat isterimu menangis, lihatlah jauh ke dalam matanya..

Dapatkah kau lihat dan rasakan kesakitan yang dirasakan..

Wahai suami,

Ketahuilah bahawa isterimu mempunyai keistimewaan..

Disebalik KELEMBUTANnya, memiliki kekuatan yang begitu dasyat..

Tutur katanya merupakan KEBENARAN..

Senyumannya adalah SEMANGAT bagimu..

Pelukan dan ciumannya adalah TULANG BELAKANG bagi setiap langkahmu..

Dia tersenyum melihat engkau ketawa..

Dia menangis melihat engkau berduka..

Betapa sayangnya isteri padamu..

Tetapi.................

Suami sering lupa akan satu hal..

Bahawa,

.

..

...

....

.....

......

.......

"BETAPA BERHARGANYA DIA"



Friday, June 17, 2011

Berakhirnya NORA ELENA

Hari-hari aku layan cerita Nora Elena. Semalam, hari last jugak aku ngan Cipong dok melepak depan tv time maghrib-maghrib ni. Tak pernah dibuat kami. Hahaha. Sedangkan cerita Asmara tu pun aku tak kisah kalau terskip. Tapi yang ini....

Tak tau lah kenapa cerita ni buat aku tertunggu-tunggu. Kalau tanya aku apa yang bestnye drama ni, aku sendiri tak tau. Nak kata lain dari yang lain pun, biasa je kot. Aku pun tak tau mana yang lainnya.

Maybe pelakon-pelakonnya best kot? Tapi pelakonnya, Aaron and Inspektor Amir (tak tau nama sebenar..hee) je yang aku selalu nampak berlakon. Yang lain tu tak la seglamor mana. Ke aku terlalu membayangkan ke'gentleman' Seth, tu yang asyik nak tengok je. Tak tau lahhh..heheheee.

End of the story, ada la jugak moral value dalam cerita tu.

Kita tak boleh lah nak simply hukum manusia tu atas salah masa lampau dia. Cakap senang, tapi nak buat memang susah kan? Cuma MASA tu je yang tentukan sama ada lambat atau cepat.

Yang paling penting,

Everyone deserve for a second chance.

Lagi CEPAT kita memaafkan kesilapan manusia dan melupakan sejarah masa lampau, lagi CEPAT kita mendapat ketenangan HATI dan HIKMAH yang tidak ternilai serta keredhaanNya.

Sedangkan Allah pun ampunkan dosa hambaNya, takkan kita pulak nak melangkahi kuasaNYA?

InsyaAllah.

Dah macam tazkirah plak ye..heee. Sekadar peringatan untuk sesiapa saje and dah tentu untuk diri aku sendiri jugak. ;)

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, June 16, 2011

Gathering Week

Poyo je title..heee

Setelah tak jumpa sekian lama.

Hari sabtu lepas, aku jumpa ex-section 4. Ina, kak Linda, Pija and Alin (yang dua orang ni dah selalu sangat lah pun..). Nak jumpa ni pun bila Ina tiba-tiba nak meninggalkan Shah Alam katanya. Aku ingatkan ko sampai kahwin nak dok Shah Alam tu na. Heheh.





Hari ahad jumpa Fahmi lak, ex-opismate. Macam dah kurus sikit la ko. Tapi perangai ko maintain gak cam dulu. Heheh. Panjang aku besembang dengan ko. Mesti ko puas giler dapat bergosip lama-lama dengan aku kan?? Hahahaha.





Erm..

Sebenarnya aku rindu banget dengan kengkawan lama aku. Sangat-sangat. Kengkawan sekolah, budak-budak U, geng Utusan, geng keje dulu. Tapi kadang-kadang aku rasa masa tu macam takde je nak jumpa dengan korang. Ke aku yang tak pandai cari masa? Ke korang pun sibuk gak macam aku? Heee.

Whatever.......One sweetday. ;)

Sunday, June 12, 2011

Minah JUSCO takde adab

Lastweek aku meronda dulu kat Jusco Bukit Raja before balik kampung. Tengok-tengok ada sale. Tiap kali aku datang mana pernah yang tak sale Jusco ni. So, aku pun ambik kesempatan la untuk cari apa-apa yang boleh perabihkan duit. Yang aku berkenan, bra and baju.

Skang ni kalau beli baju, aku memang kena try dulu. Takleh pakai rembat je macam dulu. Kalau pakai rembat je, silap-silap nak buat sarung nangka pun takleh dah. Nak dijadikan cerita, aku pun pergilah fitting room. Adalah 2 minah ni yang jaga depan tu and bagi aku card macam biasa. Kunun-kunun taknak orang curik. Selalunya kalau tempat tu besar, aku ajax je Cipong masuk sekali. Tapi malam tu Cipong tunggu kat luar je. Bila aku dah try, aku panggil Cipong masuk. Sebab aku macam segan nak bagi orang lain tengok.

Bila Cipong dah masuk, tiba-tiba pintu aku kene ketuk sambil suara betina jerit,

"Lelaki takleh masuk".

Sejibik macam JAIS tengah buat operasi. Yang Cipong ni plak dah kelam kabut nak bukak pintu. Aku pun ape lagi, aku tutup balik pintu dengan cara kasar sket. Nak protes aa kunun ok. Hikhik. Aku dah hangin satu badan ni. Sakit hati. Dah la aku tengah kusyuk cuba baju satu-satu, minah ni plak sibuk menyalak kat luar pintu. Aku dah nekad, once aku keluar dari pintu tu, aku memang nak sound je minah bongok ni.

Tapi bila dah keluar, aku tengok sekor pun takde. Aku tanya promoter lain mana minah tu. Aku cari tu. Nak puaskan hati. Heee. Last-last tak gak jumpa. Aku pun melepaskan geram kat promoter yang lain. Hahahaha.

Aku mintak promoter tu ajar member-member dia yang lain tu beradab sikit. Jangan nak pakai sergah je. Bagi aku agak kuranghaaajarrr dia buat camtu. Coz depan tu aku tak nampak pun ada apa-apa signboard yang mengatakan as "LADIES AREA". Tu satu hal, yang aku sakit hati tu, cara dia tu ibarat aku and Cipong nak beromen plak kat dalam bilik kecik tu. Yang aku bawak masuk tu, laki aku hokeyyyyyyy.

Dia ingat aku bawak laki dia ke masuk dalam tu????

Grrrrrrrr........

Saturday, June 11, 2011

I am twenty six years old

Sungguh tak sangka, tahun yang ke 26 ni, aku celebrated beday atas katil.

No..no..no..heeee

Malam 31/05/2011 tu, sikit pun aku tak teringat nak tunggu detik kol 1200 macam tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau dulu tu bangga giler jadi orang pertama yang wish. Heeee. Tapi malam ni aku penat sangat, kusyuk gila tidur padahal masa tu baru je kol 9 lebih.

Tepat kol 1200pm, supriseeeeeee. OMG!!!

Aku terjaga bila Cipong bawak cake with lilin masuk bilik tidur. Masa tu rasa macam mimpi pun ye. Mana taknya, lampu bilik sume da tutup. Tinggal cahaya lilin tu je yang menerangi bilik ku malam tu. Wowwww. Very very very suprise ok. Tetiba rasa suasana romantika giler siut. Hahahaha.

Tahun ni aku tak celebrate kat mana-mana restaurant ke, tepi pantai ke, etc. Juz kat rumah but tahun ni la aku rasa special giler when celebrated my beday atas katil. Hahahha. Tiup lilin, potong cake, makan cake, semua atas katil. I likeeeeeee....hikhik.


END.




Bangun pagi. Masa nak solat subuh, tetiba ada plak bungkusan atas sejadah. Lagi skali OMG!!!! Lagi sekali wat hati ku berbunga-bunga. Heeee. Aku dapat hadiah...Yeeyyyyyyy. Rilek..solat dulu baru bukak. Tadaaaaa....luv it so muchhhhh mucchhhhhh.

Seriously, aku tak bajet langsung Cipong plan wat semua ni coz aku tak nampak pun bila masa dia bawak balik cake and bila masa plak dia bungkus hadiah. Thanks dear. Luv u muahhh muahhhhh.



Syukur alhamdulillah, aku besyukur atas rezeki yang aku dapat selama ni. Aku berterimakasih kat mak ayah aku yang dah besarkan aku selama ni. Kat family aku yang jaga aku selama ni. Terima kasih sangat-sangat. And terima kasih to Cipong yang mengambik alih tugas mak ayah aku tuk menjaga aku. Jaga aku elok-elok ok.

Sayang semua and doakan aku panjang umur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers