Pages

Friday, December 24, 2010

Kesungguhanku di petang hari

Salam.

Skang dah nak dekat kol 7 pm. Ku tak balik2 lagi. Still at office. Jadi budak rajin. Selamat la kerajinan ku ni berbayar. Kalo free, mesti ku dah wat muka ketat dan carik keje lain lagi. Hahaha.

Semenjak dua menjak ni, ku bz sangat. Bz ngan keje. Bz ngan hal2 lain. Pendek cita macam-macam lah. Sampai kan ku rasa, 24hours tu memang tak cukup. Tu belum lagi, dicampur ngan dugaan-dugaan lain. Kadang-kadang tangan mata wat keje tapi kepala pikir macam-macam benda.

Tapikan, honestly distime ku tak merungut or melenting ngan dugaan ni sume. Senyum dan bersabar. Heee. Tiap pe yang jadi mesti de hikmah. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. OK.

K, la nak sambung keje.

Lalalaalaaa hari-hari kerja.

Saturday, December 18, 2010

My Day - Part 10 : Jemput datang semua

Tengokjam, da kol 1 pagi rupanya. Jadi, selamat pagi.

Mak, ayah and along sume da masuk tido. Pas teman mak tengok drama melayu tadi, ku terus mandi, solat and bukak laptop. Kalo ikutkan hati, nak je ku menikmati tido. Tambah2 lagi, sok cuti. Ishh syoknye la. Tapi takleh ikut sangat kata hati ni. Kalo ikut kang, tak jalan keje ku. Ni sume gara-gara laptop ku tiba-tiba hang, sudahnya langsung dah tak leh nak on. Handphone ku baru je pas repair. Abis hilang sume contact. Mintak2 jangan la khazanah dalam laptop ni plak yang hilang kalo ku hantar repair nanti. Nauzubilah. Hadoi. Dugaan...dugaan...

Disebabkan tu la, ku kene bejaga malam ni. Semata-mata nak ambik balik sume address member2 and kenalans2 yang dah PM kat ku dalam FB. Selamat la ku tak delete lagi. Kalo tak, dah satu hal plak nak mintak balik ngan dowang. Tak pasal2 dowang ingat ku sedang bergurau kasar plak. Hahaha.

So, malam ni ku kene siapkan sume invitation card. Ari isnin tinggal pos je lagi. Mintak2 posmen2 Malaysia bekeje keras tuk hantar kad2 ni sampai kat tangan receiver. heheh. Ku risau gak kalo-kalo de yang tak dapat. Mane tau kalo-kalo card ku ni tecampak plak kat sungai Klang ke..kat tali air ke. Tak pun, majlis ku dah abis seminggu, baru card sampai. Tak nak OK. Nauzubilah. Tu pasal ku ingat nak pos awal.

Bestnye kalo de typewriter and glue machine. Cepat sket keje ku siap. Dah lame tak handwriting. K la, ku nak sambung menulis balik. Pastu leh tido. Syokkkknyeeee...

Tuesday, December 14, 2010

Saya budak baru belajar

Da seminggu rasanya tak memblogkan diri.

Pertama, sebab skang ni masa tak bape nak mengijinkan. Pas keje, balik umah. Bila dah sampai umah, tak rajin nak bukak laptop dan sebagainya.

Kedua, sebab tak bayar bill rupanya. Patut tak leh online. Hahahah. Terover look aa plak. Tapi takpe, semalam da settled kan.

Rini da masuk hari ke-4 ku bekeje kat tempat baru. So far, ok la. Banyak benda nak kene belajar. Kawan-kawan plak sangat peramah. Tapi ku still malu-malu kucing gitu. Kate budak baru kan. Hihi.

Petang tadi pun ku dah dapat kebaya sexy rasmi hospital. Hahah. Nampaknye pasni ku takkan mengalami masalah trauma nak pilih baju g keje. Serius punya trauma. Bukan main2. Dulu, sebab nak pilih baju, ku tepaksa menghadap almari sampai dekat setengah jam. Tension Ok. Skang, da de uniform, senang. Tak payah pening pale. Hihihi.

Memandangkan uniform ku tak basuh lagi, so ku terpaksa carik baju tuk dipakai esok. Pastu nak iron lagi. Sume tu take time ok. Baik ku bla before mate ni pedih nak beradu.

Selamat malam.


Wednesday, December 1, 2010

Nota untuk hari ke-335

Tengah bosan2 takde pape yang nak wat, tiba-tiba ku terpikir. Sekejap je rasa nak masuk 2011. Rasanya macam baru bulan lepas ku tullis dalam blog pasal azam 2010. Tup tup da end of year.

Tapi pesal tah disweek ku rasa cam lambat je masa nak bejalan. Sok baru khamis. Tak sabar nak tunggu jumaat. Dalam tak sabar tu, ku nebes gak nak tunggu 8 December ni. Nebes nak bedepan ngan keje baru, environment baru, kawan baru and macam lagi la. Heee. Mintak2 sume will be OK. Amin.

Nak cita sket, skang ni ku da gian plak online shopping. Sejak ku tak punya banyak masa nak keluar merembes ke shopping complex, so better ku wat online shopping je. Agak2 minat, ku order and wat payment. Dalam 1-2 hari, barang pun da sampai. OMG. Tadi, bag baru ku sampai. Suke. Biasa la, barang baru. Mesti aa suke. Heee. Sok2 muak la tu. Lastweek ku order kain ela. Pun da sampai. Tinggal nak g anta jahit je. Nextweek, bag lagi satu plak sampai. Bestnyeeee. Huhuhu.

Selasa depan cuti Awal Muharam. Ku ingat nak kuar jenjalan. Da lame tak kuar jenjalan ngan en.tunang since memasing bz yang entah ape2. Sambil2 tu leh soping kasut and wallet lak. Mintak2 de la yang ku bekenan. Kadang2, time nafsu nak membeli tu ada, satu benda pun payah ku nak bekenan. Tapi bila nafsu tengah takde, time tu la macam2 benda yang merasuk akal. Jahat.

notahati : i rindu la kat u Cipong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers