Pages

Tuesday, July 19, 2011

Ketentuan ILAHI

Sebenarnya aku sangat tak suka bila orang asyik tanya benda yang sama, :

1. Bila nak keje?

2. Bila nak kahwin?

3. Bila nak mengandung?

4. Bila nak tambah anak lagi?


Serius aku meluat dengan soalan-soalan tu. Kalau takat tanya sekali dua tu takpe lagi. Ni tak, tiap kali berjumpa, tiap kali berchating, tu je la yang ko nak tanya. Takde dah soalan lain. Sampai camni sekali ke nak 'ambik berat'?? Uishh..nih bukan tahap Sharing is Caring je, but Caring is Scary also...heeeee

Aku pun tak paham kenapa ada manusia yang tak tau nak jaga sensitivity orang lain ni. Aku rasa soalan-soalan tu tak perlu tanya kot. Kalau ada jodoh, kahwin lah dia. Kalau ada rezeki, beranak lah dia. Tapi cara tanya tu, macam orang tu plak yang tolak jodoh or rezeki.

Ada ke orang yang dah pegang degree tapi taknak keje? Ada ke orang yang ada bf/gf tapi taknak kahwin? Ada ke orang yang dah kahwin tapi taknak anak? Kalau ada pun, lantak dia lah. Kenapa orang lain perlu tau? Kenapa kena sediakan jawapan untuk kau yang bertanya tu.

Agaknya, manusia ni tak tau kot apa makna - Ketentuan ILAHI. Sensitivity orang kena jaga beb. Jangan ingat orang tak sentap dengan soalan sinis kamu tu.

Kalau camtu aku nak tanya lah,

BILA kau nak mati??

Wednesday, July 13, 2011

PREGNANT TEST - dalam sejarah


Bulan 4 lepas, masa mula-mula mak aku dapat detect perut aku ni buncit, cepat-cepat dia suruh aku buat pregnant test. Malam tu jugak along and mak bawak aku pergi klinik beli pregnant test. First time aku buat. Dalam hati, betul ke aku pregnant? Tak mungkin. Sebab, rasanya baru lagi. Tapi kalau aku tak pregnant, pehal perut aku ni buncit semacam. Giler berdebar plus celaru. First time beb shishi dalam botol. Hee.

After 5 mins..........................the result is

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
1 Line - mean NEGATIF.

Tiba-tiba aku rasa sebak. Even sebenarnya aku tahu yang memang mustahil untuk positif masa tu. Aku yang buat, aku tau la. Heee. Then awal bulan 6, lagi sekali aku buat pregnant test. Pun bukan kehendak aku sendiri. Kena paksa gak. Hee. Kali ni opismate pulak mintak aku check sebab nama aku naik untuk session teambuilding. Kalau pregnant, tak boleh pergi. Lagi sekali aku rasa tak sedap hati. Kali ni, aku check kat hospital.


Aku tunggu LAB bagi result. Bedebar giler ok. After 10 mins............the result is

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
Budak LAB : Tahniah!!!!
Aku : Blur..
Budak LAB : Akak berjaya pergi teambuilding!!!!
Aku : Ya Allah. FCUK ko budak. Ko tak rasa apa aku rasa.

Negatif lagi. Belum ada rezeki.

Kali ni mood aku down giler. Tak cool macam dulu. Aku rasa sedih sangat. Aku balik awal. Takde mood langsung nak keje dah. On d way balik, aku menangis. Beriya aku menangis. Teresak-esak dalam kereta.

Awal bulan 7, lagi sekali nama aku naik untuk teambuilding ni. Eeee menyusahkan jela. Tapi aku rasa tak ralat sangat coz date aku kena pergi tu takde lah bertembung dengan date yang sepatutnya aku period. So, semalam, 12/7/2011 lagi sekali aku kena buat pregnant test. Kali ni, aku betul-betul redha dengan apa-apa je result yang aku dapat. Aku berserah. Kun faya kun. Malam tu aku susah nak tidur. Asyik terjaga je. Nervous giler nak tunggu pagi.

Pukul 6am, aku gagahkan bangun. Tak nak tunggu lagi. Aku nak buat pregnant test sendiri kat rumah. Aku tak nak buat kat hospital. Lastweek memang aku dah siap-siap beli digital pregnant test Clear Blue - 99% accurate. Lagi sekali, pregnant test ni menggugupkan aku. Menggigil la tangan aku dibuatnya. Bismillahirrahmanirrahim...

Macam biasa aku tunggu dengan jantung rasa nak tercabut...

after 3 mins the result is....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v


Ya Allah, betul ke ni? Aku masuk bilik kejutkan Cipong. Pe lagi..hug-hug kiss-kiss la. Hee. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Tapi still early untuk aku bergembira. Pas masuk opis, aku terus jumpa doc nak wat UPT yang biasa, bukan digital. Result : Weak Positif. Alhamdulillah lagi sekali. Maknanya dalam first semester ni, aku sangat perlu berjaga-jaga. Sebab still early. Im so so so so happy. Doa semuanya baik-baik saja.

Ya Allah, aku sujud bersyukur pada-Mu.

Sunday, July 10, 2011

Dah kahwin, MESTI kene gemok?

Assalamualaikum..

MONDAY again.. ;) - senyum paksa.

Sebenarnya aku tengah banyak kerja nak buat. Bukan malas. Tapi nanti dulu. Heheh. Pagi tadi, aku breakfast nasi goreng kat opis. Kalau nak ikutkan rutin biasa, aku jarang nak breakfast kat opis. Selalunya aku breakfast dengan en.suami kat rumah. Breakfast wajib bagi aku. Compare dengan lunch yang tak berapa nak wajib sangat la. Kalau ada mood, aku makan la. Kalau tak makan pun, aku rasa biasa je.

Tapi aku tak tahu kenapa badan aku ni rasa gem** semacam. Paling aku tak tahan, bila opismate aku pun tegur yang baju aku makin hari, makin ketat. Aku tak tau la sama ada dorang saje nak menyakat aku yang memang emosi kalau dikaitkan dengan gem** atau memang realiti yang aku ni dah memang gem**.

Ish, benci sangat. Realitinya, majority seluar jean aku sekarang banyak yang aku tak boleh pakai. Aku rasa macam dah nazak sangat time aku nak sarungkan kat kaki ni. Kalau terpaksa pakai pun, dalam kereta sure aku kena bukak button untuk keselesaan lemak-lemak dipinggang. Haihhhh. Sedih!!!

"Eleh, standard aa, dah kawin memang lah badan naik."

"Kau nak risau apa, dah kahwin pun kan!!"

Halo kawan, aku tak pernah pun set dalam pale otak aku yang - PEREMPUAN GEMOK LEPAS KAHWIN ITU NORMAL. Tak pernahhhhhh OK. Aku tak pernah lupa untuk ambik berat pasal badan even dah kahwin pun. Bagi aku, kalau dah kahwin tu la, lagi kau kene jaga badan. Sebab kau dah ada laki yang sepanjang masa menghadap kau. Masa bujang dulu, who care???.

So, kalau boleh aku memang tak nak gem** even dah kahwin, even dah beranak lapan sekali pun. Bukan nak cakap besar. Aku takde lah nak kata kompem yang aku ni akan langsing ramping sampai bila-bila. Atleast aku remind myself and cuba untuk kurus. Aku takkan berserah macam tu je. Baru leh jadi hot mummy wooo. Hahahaha. Pendek cerita, aku memang tak setuju kalau ada yang kata - dah kahwin, spare part payah nak jaga.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Boleh ke? Errrr.........

p/s : Honestly aku kesian sangat tengok orang yang berbadan besar ni, tapi aku benci orang yang tak sayang badan sendiri.

Friday, July 8, 2011

BERSIH ke??

Haih..

Kat mana je aku pergi, ada je isu BERSIH ni. Sesiapa yang keje hari sabtu, siap ada yang nak apply cuti bagai. Dalam FB, tweeter, semua bercerita pasal BERSIH. Pastu dah semua benda plak ngeri nak dekat dengan kaler kuning.

Sampai kereta warna kuning pun kena tempias sekali. Heeehheee. Lawak la. Semua takut nak keluar umah besok. Dah macam zaman darurat plak aku dengar. Erm..aku pun pelik jugak. Dah elok aman-aman dok Malaysia ni, ada plak manusia yang seronok hidup huru-hara camni.

Depa tak tau bersyukur ka?? Aku pun no comment la. Tak nak cakap lebih-lebih. Kang tak pasal-pasal blog aku terus bertukar kaler kuning plak. Terus tak BERSIH dah. Hee.

Bagi aku, dari menyalak kat tengah-tengah jalan KL tu, baik korang beramai-ramai bergotong-royong membersihkan KL tu. Pelancong tengok pun mesti teruja + kagum + bangga. Peluh pun keluar, badan pun sehat. Pahala pun dapat. Haih, pape jela. Apa yang penting KERJASAMA. Hikhik.

Untuk BERSIH esok, apa yang kamu dapat?



KUNING yang atas ni wat aku tak tahan...slurppp ;)


Sunday, July 3, 2011

What day is T.O.D.A.Y?


Today is M.O.N.D.A.Y

Tak suka Monday!!!

Tak suka Isnin!!!

---------------------Tak suka sangat-----------------------

Malas giler nak bangun dari katil.

Dapat sambung tidur lagi 5 minit pun dah terasa nikmat giler.

Emosi sangat kalau nak kena kerja hari ni.

Takde mood nak breakfast.

Takde mood nak drive.

Tak suka sangat nak mengadap jem on Monday!!!

Susahnya nak cari mood.

Arghhhhhhhhhhh!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers