Pages

Friday, March 15, 2013

Qaiser is ONE - 12 March 2013

~ My baby is growing up so fast ~
~ Note for you ~
~ Cake from meme Alin & uncle Firul. Tq ~

Thursday, March 7, 2013

Nursery for my baby

Kelmarin aku ambik cuti satu hari. Aku nak survey nursery area shah alam. Dah seminggu aku mengoogle. Of course yang registered with JKM.

Nursery terbaik area Shah Alam.
Nursery yang ok area Shah Alam.
Taska yang ok area Shah Alam.

Haa gitu tajuk aku menggoogle.

Lom lagi forum2 yang aku seacrh. Siap print lagi kau.

Eh tak masuk mimpi mimpi aku di malam hari. Hee

Punyalah gigih aku nak cari info. Dan tibalah waktu aku pergi ke nursery2 ni tadi. First nursery yang aku pergi. Reaksi aku - what? Memang macam ni ke? Terkurung dalam bilik? Kau tengok aku, aku tengok kau. Bosan? Tengok dinding plak. Adoiii.

Yela. Seumur hidup aku tak pernah masuk nursery. Agak jakun disitu. Bila dah 2-3 nursery aku masuk, ok now aku dah paham concept nursery. Sedapkan hati.

Paling tak boleh lupa, kejadian kat nursery seksyen 24 - tengah aku bersembang dengan one of the teacher, tiba-tiba ada seorang budak lebih kurang umur 3 tahun terjaga dari tidur. Budak tu terus berlari ke arah kami sambil nangis, "nak mama..nak mama..nak mama". Aku masa tu? "Takpelah, saya balik dulu". Aku terus sarung sandal and blah. Airmata aku pulak yang berjurai-jurai sampai aku tinggalkan Cipong and Qaiser dalam nursery tu. Haiiii la. Sensitipnya jiwa mak-mak ni.

Aku rasa macam tak sanggup nak continue misi mencari nursery terbaik ni kata kau. Apa lagi la yang bakal aku nampak lagi lepas ni. Eeee tak sanggup. Tapi nak buat guano? Nak taknak kena la cari jugak.

Sampai rumah, aku takde mood. Selera nak makan pun dah jauh sampai Sandakan. Bila Qaiser merengek sikit, aku jadi berang. Stress semua ada. Kesiannya dekat dia. Dah setahun syok duduk dengan wan, atok and abang yen now dia kena duduk nursery.

Redha ye sayang..


Wednesday, January 2, 2013

Year 2012

Assalamualaikum.

Bagi aku tahun 2012 was a great year for me and family.  Alhamdullilah atas segala nikmat kurnia yang Allah beri pada kami. Syukur.

I am a mother
Dengan izin-Nya, aku diberi peluang untuk menjadi seorang wanita yang bergelar 'mommy, ibu, mak, bonda, umi'. Aku macam tak percaya ~ now I am a mother. Umur anak sulung aku pun dah 10 bulan dan pencapaian terbaik aku setakat ini ~ i am a fully breastfeed mommy to my son until today. Mohon Allah permudahkan perjalanan hidupku untuk menjalankan tanggungjawab pada amanah Allah yang amat-amat aku kasihi.



Zuriat yang pertama
12.03.13 - Selama 9 bulan aku mengandungkannya, dan melahirkannya. 2012 menyaksikan betapa besarnya hadiah yang aku terima daripada Allah named Qaiser Ash Hafiy bin Mohd Shaifol. Betapa kasihnya aku pada kurniaan Allah ni. Precious gift that I ever had in my life.



Rumahku Syurgaku
Alhamdullilah, Allah permudahkan bagi kami untuk melengkapi lagi keperluan hidup my family. DiberiNya kami rezeki untuk beli rumah sendiri. Dipermudahkan olehNya dalam segala urusan, dipermudahkan olehNya untuk kami sama-sama simpan duit sendiri, dan akhirnya dapatlah kami berteduh di rumah yang di idamkan. Syukur.



Vono in career.
Apakah vono? Vono maksudnya selesa macam tilam vono. Kau hade? Haha. Seriously,  aku selesa dengan my career, my workplace, the environment,  people.  And of course, the salary.  Yes! Vono! So for 2013 ~ aim to improve my skills to ensure this year salary up lagi and bonus berganda-ganda. Berbaloi-baloi!!



And of course there must be someone always beside me. My husband. He is the only one. Ok to thank on what he has done, aku berazam to be a fantastic wife yang takde kat wife-wife orang lain. Hahahahah.


Ok. End of 2012. Now we go to 2013. Azam aku simple.

Wish To Be :
GOOD daughter,
FANTASTIC wife, and 
SUPERB mommy.


Moga Allah permudahkan perjalanan hidupku.

Moga Allah berkati dan limpahi rezeki buat keluargaku.

NOTHING else I can say ~ Syukur syukur syukur Alhamdullilah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers