Pages

Friday, May 27, 2011

Nothing but have something

aku tak tau nape lately aku malas giler nak mengupdate blog kesayangan ku ni. sayang kunun, tapi terbiar jugak. tak berjaga. huhu kalau nak ikutkan, hari2 aku nak update. tapi bila penyakit malas menguasai diri, aku tak mampu nak melawan. aku layan kan saje penyakit tu. lagipun blog aku ni bukan ada orang nak baca. sendiri tulis, sendiri baca. hahaha.

tu baru blog. lom fb lagi. aku dah lama giler tak bukak fb. maksud tak bukak tu, bukan la tak bukak langsung. sekali sekala tu ada jugak la ku bersiar-siar dalam tu cuma aku tak menjelma je kat wall sendiri mahupun wall member yang lain.

sebab, aku bosan bila hari-hari asik nak tengok orang meroyan je dalam fb tu. serius bosan. sampaikan cite bawah kain pun nak meroyan bagai nak rak kat wall tu. alangkah bagusnye kalau aku leh delete ayat-ayat giler talak mereka kat wall tu. mesti satu kepuasan bagi aku. hahahaha. kalau nak meroyan pun, bagi lah ayat yang sedap didengar sket. ni tak.......eeee bluweekkkss

ops.cukup la. kalo tulis panjang sangat, orang ingat aku meroyan plak kat blog sendiri. hahahha. tapi name pun blog sendiri, x appear pun kat blog orang lain. pedehal??

apa motif ku menulis malam ni? zero.

Monday, May 16, 2011

Cameron Highlands




Friday, May 6, 2011

1001 Sebab

Wahai saudaraku yang amat ku sayangi...

sesungguhnya aku tahu kau sedang menghadapi masa yang sukar ketika ini...

sesungguhnya aku tahu kau sedang lemah ketika ini...

kedua-duanya berlaku serentak...

aku tahu betapa payahnya bagi kau untuk menghadapinya seorang diri...

betapa buntunya fikiranmu dalam memikirkan corak jalan yang terbaik...

betapa deritanya kau menghadapi sesuatu yang tanpa diduga...

betapa banyaknya airmatamu dalam meluahkan kesedihan...

tetapi ingatlah wahai saudaraku...

sesungguhnya yang terjadi itu PASTI ada hikmahnya...

setiap apa yang berlaku itu PASTI ada 1001 anugerah terindah...

berilah ruang pada diri sendiri untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah...

berilah ruang pada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik daripada semalam...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

tetapi percayalah...

Allah akan menduga manusia mengikut kemampuan hamba-Nya...

sesungguhnya kau adalah golongan yang terpilih oleh-Nya...

sesungguhnya Allah tahu kau kuat dalam menghadapi segala dugaan ini...

bersabarlah menghadapi hari-hari yang mendatang...

kerana setiap kesabaran itu Allah menjanjikan yang TERBAIK...

yakinlah pada Allah...

Tuesday, May 3, 2011

Fly to PHUKET


Tak pernah terpikir pun nak honeymoon kat Phuket. Kalau tanya mana tempat idaman, sah-sah Negara omputih jadi pilihan. Hahaha. Sebabkan harga tiket meletup, kami pun booked jela. Masa tu, bila tarikh nikah pun tak tau lagi. Pape pun, Phuket memang BESTTTT. Giler punya best. Tu pun kami pakai redah je. Sampai sana, baru cari hotel, pastu baru plan nak g mana-mana. Kami pilih Patong. Memang tak salah. Tapi aku tak suka perangai local kat sana. Mula-mula pujuk baik je tapi bila kita say NO, mula aa tunjuk muka setan.

Day 1 : Patong Beach.


Kitowang jalan kaki je nak cuci mata. Seronok gila tengok tempat-tempat kat sana, suasana, orang ish macam-macam la. Petang tu kami pergi Bangla Road. Start kol 6pm, jalanraya besar tu akan ditutup, so tempat tu akan bertukar jadi tempat shoping. Ala-ala uptown la. Bila malam, keluar la segala tiger tuk wat show. Perghh. Mari mariiiii kasi tip. Hahaha. Tiap sudut tempat kami masuk. Memang best. Tak tau nak cakap camne. Giler heaven. Memang hidup la malam kat Patong. Satu malam pusing pun tak abis.


Day 2 : Krabi


Pagi-pagi bangun pergi trip ke Krabi plak. For this trip we paid for RM300 for 7hours. Memang sehari suntuk duduk atas bot jela coz dia akan bawak ke Phi Phi Island, Maya Bay and Krabi. Aku ni suka pulau tapi takut air. Serius!! Bayangkan orang lain boleh menjerit (ala-ala adventure aa kunun) bila bot tu melompat tapi aku menangis macam nyawa dah tak panjang. Aku tak pandang kiri kanan. Aku juz tutup mata and pegang tangan Cipong kuat-kuat. Aku ikat safety jacket kuat-kuat kat badan. Aku paksa Cipong pakai jugak. Sebab aku dah imagine, kalau bot tiba-tiba tergolek, camne Cipong nak selamatkan aku kalau dia tak pakai safety jacket. Nampak kan betapa aku takut?? Tapi bila dah tengok pulau, tak payah cita la. Memang superb indah belaka. Kagum ngan ciptaan-Nya.


Day 3 : Island Safari

First time naik gajah. Kalau pernah pun, masa tadika je kot. Tu pun, rasa nak turun cepat je. Pastu kitowang pergi becanoe, tengok boxing, buffalo photo, monkey show, elephant show. Banyak activity yang relax and santai je.


Day 4 : Jungceylon and ++++ Soping sakannnnn....

Apa yang best and tak best Phuket?? Makanan Hancus. Masa kat sana, payah betul nak cari makanan halal. Kalau ada pun signboard Halal, aku tak confident nak makan. Satu-satunya tempat makan yang halal and OK is Gadaffi. Betul-betul berdepan dengan masjid. Bila nak makan je, mula la rasa bersyukur duduk kat Malaysia. Heheee Transportation Dari airport ke hotel, baik ambik Taxi meter. Murah and selesa. Tak payah share dengan orang lain. Kat sana motor pun leh jadi taxi. Paling takleh lupa, kitowang naik bertiga and aku duduk belakang skali. Cipong je yang pakai helmet. Aku yang duduk belakang ni, takde lak dia bagi helmet. Hahaha. Accomodation Banyak sangat. Tak payah la takut kalau tak sempat book awal. Memang bersepah hotel. Tinggal nak pilih je. Siap leh nego lagi. Pendek cite, memang syioookkkkk la pergi sana. Rasa tak cukup 4 hari. Sweeeeet sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers