Pages

Friday, December 24, 2010

Kesungguhanku di petang hari

Salam.

Skang dah nak dekat kol 7 pm. Ku tak balik2 lagi. Still at office. Jadi budak rajin. Selamat la kerajinan ku ni berbayar. Kalo free, mesti ku dah wat muka ketat dan carik keje lain lagi. Hahaha.

Semenjak dua menjak ni, ku bz sangat. Bz ngan keje. Bz ngan hal2 lain. Pendek cita macam-macam lah. Sampai kan ku rasa, 24hours tu memang tak cukup. Tu belum lagi, dicampur ngan dugaan-dugaan lain. Kadang-kadang tangan mata wat keje tapi kepala pikir macam-macam benda.

Tapikan, honestly distime ku tak merungut or melenting ngan dugaan ni sume. Senyum dan bersabar. Heee. Tiap pe yang jadi mesti de hikmah. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. OK.

K, la nak sambung keje.

Lalalaalaaa hari-hari kerja.

Saturday, December 18, 2010

My Day - Part 10 : Jemput datang semua

Tengokjam, da kol 1 pagi rupanya. Jadi, selamat pagi.

Mak, ayah and along sume da masuk tido. Pas teman mak tengok drama melayu tadi, ku terus mandi, solat and bukak laptop. Kalo ikutkan hati, nak je ku menikmati tido. Tambah2 lagi, sok cuti. Ishh syoknye la. Tapi takleh ikut sangat kata hati ni. Kalo ikut kang, tak jalan keje ku. Ni sume gara-gara laptop ku tiba-tiba hang, sudahnya langsung dah tak leh nak on. Handphone ku baru je pas repair. Abis hilang sume contact. Mintak2 jangan la khazanah dalam laptop ni plak yang hilang kalo ku hantar repair nanti. Nauzubilah. Hadoi. Dugaan...dugaan...

Disebabkan tu la, ku kene bejaga malam ni. Semata-mata nak ambik balik sume address member2 and kenalans2 yang dah PM kat ku dalam FB. Selamat la ku tak delete lagi. Kalo tak, dah satu hal plak nak mintak balik ngan dowang. Tak pasal2 dowang ingat ku sedang bergurau kasar plak. Hahaha.

So, malam ni ku kene siapkan sume invitation card. Ari isnin tinggal pos je lagi. Mintak2 posmen2 Malaysia bekeje keras tuk hantar kad2 ni sampai kat tangan receiver. heheh. Ku risau gak kalo-kalo de yang tak dapat. Mane tau kalo-kalo card ku ni tecampak plak kat sungai Klang ke..kat tali air ke. Tak pun, majlis ku dah abis seminggu, baru card sampai. Tak nak OK. Nauzubilah. Tu pasal ku ingat nak pos awal.

Bestnye kalo de typewriter and glue machine. Cepat sket keje ku siap. Dah lame tak handwriting. K la, ku nak sambung menulis balik. Pastu leh tido. Syokkkknyeeee...

Tuesday, December 14, 2010

Saya budak baru belajar

Da seminggu rasanya tak memblogkan diri.

Pertama, sebab skang ni masa tak bape nak mengijinkan. Pas keje, balik umah. Bila dah sampai umah, tak rajin nak bukak laptop dan sebagainya.

Kedua, sebab tak bayar bill rupanya. Patut tak leh online. Hahahah. Terover look aa plak. Tapi takpe, semalam da settled kan.

Rini da masuk hari ke-4 ku bekeje kat tempat baru. So far, ok la. Banyak benda nak kene belajar. Kawan-kawan plak sangat peramah. Tapi ku still malu-malu kucing gitu. Kate budak baru kan. Hihi.

Petang tadi pun ku dah dapat kebaya sexy rasmi hospital. Hahah. Nampaknye pasni ku takkan mengalami masalah trauma nak pilih baju g keje. Serius punya trauma. Bukan main2. Dulu, sebab nak pilih baju, ku tepaksa menghadap almari sampai dekat setengah jam. Tension Ok. Skang, da de uniform, senang. Tak payah pening pale. Hihihi.

Memandangkan uniform ku tak basuh lagi, so ku terpaksa carik baju tuk dipakai esok. Pastu nak iron lagi. Sume tu take time ok. Baik ku bla before mate ni pedih nak beradu.

Selamat malam.


Wednesday, December 1, 2010

Nota untuk hari ke-335

Tengah bosan2 takde pape yang nak wat, tiba-tiba ku terpikir. Sekejap je rasa nak masuk 2011. Rasanya macam baru bulan lepas ku tullis dalam blog pasal azam 2010. Tup tup da end of year.

Tapi pesal tah disweek ku rasa cam lambat je masa nak bejalan. Sok baru khamis. Tak sabar nak tunggu jumaat. Dalam tak sabar tu, ku nebes gak nak tunggu 8 December ni. Nebes nak bedepan ngan keje baru, environment baru, kawan baru and macam lagi la. Heee. Mintak2 sume will be OK. Amin.

Nak cita sket, skang ni ku da gian plak online shopping. Sejak ku tak punya banyak masa nak keluar merembes ke shopping complex, so better ku wat online shopping je. Agak2 minat, ku order and wat payment. Dalam 1-2 hari, barang pun da sampai. OMG. Tadi, bag baru ku sampai. Suke. Biasa la, barang baru. Mesti aa suke. Heee. Sok2 muak la tu. Lastweek ku order kain ela. Pun da sampai. Tinggal nak g anta jahit je. Nextweek, bag lagi satu plak sampai. Bestnyeeee. Huhuhu.

Selasa depan cuti Awal Muharam. Ku ingat nak kuar jenjalan. Da lame tak kuar jenjalan ngan en.tunang since memasing bz yang entah ape2. Sambil2 tu leh soping kasut and wallet lak. Mintak2 de la yang ku bekenan. Kadang2, time nafsu nak membeli tu ada, satu benda pun payah ku nak bekenan. Tapi bila nafsu tengah takde, time tu la macam2 benda yang merasuk akal. Jahat.

notahati : i rindu la kat u Cipong.

Tuesday, November 30, 2010

Taknak nasi jadi bubur

Keadaan tak boleh terima hakikat

Menyesal plak rasanya bila ku tinggalkan habit lama. Dulu, tiap2 kali ku dapat contact number sape2 je, mesti ku tulis dalam buku. Sebab takut takde back up lain andai kata terjadi pape kat handphone ku yang satu ni.

Bila makin banyak contact yang ku dapat, makin malas nak menulis. Ku tinggalkan je terus buku tu. Save je sume contact dalam handphone. Papehal pun, sume letak dalam handphone.

Jangan sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan pagi2 subuh. Argghhhh. End up, benda yang tak disangka-sangka jadi. Tiba-tiba handphone ku rosak. Tiba-tiba tak leh nak on.

Skang handphone tu tengah dikuarantinkan. Dah anta kedai for repair tapi bila tokei kedai cakap kena reformat the software, tak jadi nak repair. Bawak balik handphone tu. En.tunang cakap biar dia try godek dulu. Tah la. Sedih lak rasa.

Handphone rosak leh repair. My contact pe cer?? Tolonggggg lahhhh..ku da nak kawen. Banyak benda yang ku saved dalam tu. Banyak benda yang nak ku kene follow up. Reminder, dateline. Wuaaaaa. Sedeyyyyyyyyyyyyyy..tolong laaa..wahai KEAJAIBAN..rawatlah handphone ku yang murah tapi amat bermakne ni. Please Please Please!!!!!

Monday, November 29, 2010

Sweet Oren

- Oni with husband -


27 November 2010 - Attended Oni's wedding, Dewan Seri Keramat.

Congrates dear. Moga u all kekal bahgia hingga akhir hayat.

Amin.

Friday, November 26, 2010

Panggilan Tengit


Tiap-tiap hari nak pegi keje, mesti ku dengar HOT FM. Dari kol 840-900 mesti ku tanak telepas dengar HOT. Semata-mata nak dengar panggilan hangit yang tersangat cibai mengenakan orang. Tambah-tambah lagi, si AG ngan FBI. Bapak la kelakarnya. Beriye-riye ku gelak dalam kete sowang2. Mamat 2 orang ni memang bekeje keras nak mengenakan orang. Kalo si Fafau tu plak, OK gak la. Biasa2 je. Mampu wat ku tersenyum je. Tak lebih dari tu. Hihihi.

Ku tak lupa watak si FBI jadi gangster and watak AG jadi Fifi. Hahahaha. Sape-sape yang pernah dengar, mesti tau. Memang klakar la. Terhibur tol ase (gembire betul ku ye). Dulu masa Allahyarham Din Beramboi hidup, time-time nak pegi keje ni, ku slalu dengar ERA. Sebab ku nak dengar DRAMA SEBABAK. Ku ketepikan panggilan hangit.

Tapi...

Semenjak arwah dah takde, ku memang langsung tak dengar ERA dah. Skang ni, segment DRAMA SEBABAK da ganti ngan sengment CAN i HELP U? Kalo nak tau, ku tersangat jijik plus jelik ngan segment ni. Motif ERA : Mari belajar bahasa inggeris dengan cara yang ringan. Ku penah la gak dengar 1-2 kali. Tapi, sampai skang ku tercarik2 tang mana motif beliau?? Macam memperbodohkan orang lagi de la. Lagi orang tu bengong english, lagi la DJ2 tu suka. Pastu gelak2. Motif?? Meluat.

Dulu ku suke combination JAWA RANGERS. Memang best giler si AG and KIRAN. Tapi tak tau pehal HOT ni menggelabah sangat pegi bubarkan. Pastu wat combination yang tah pape. Bagi ku, sangat2 rugi. Kan bagus kalo jadi cam Hitz. JJ and Rudy. Maintain je. Uish, sungguh ambik berat ku kat DJ2 ni. Heheh.

Sebenarnya, ku memang suka dengar radio. Tapi tak penah fix ngan 1 station. Ku slalu tukar2. Janji layan lagu. Bukan layan iklan.

Baju kecil : Lain telinga, lain rasa. Time2 lunch, layan MIX pun OK.

Thursday, November 25, 2010

Derita Merindu

Pesal la dalam seminggu ni, banyak sangat benda yg pedih lagi derita ku kene tanggung ni.

From last sabtu, ku dah derita menanggung ulser dalam mulut. Betul2 kat tang urat gigi ku die menyinggah. Siap bebaris lagi wat 3 barisan. Sume ni gara-gara telalu besungguh mase gosok gigi. Menggigil lutut masa mula-mula kena tu.

Serius trauma!!! Bengkak. Jadi sexy la mulut ni di watnya. Hahaha. Sampai la ke arini, still tak baik-baik lagi. Bonjela??? Eeee benciiiiii nak pakai. Pedih. Tapi terpaksa.

Agak2 mulut da nak ok, satu lagi kejadian pedih yang ku takleh nak terima. Start petang tadi, ku terasa macam ada benda tebal dalam hidung ni. Macam de longgokan baja. Mustahil tapi de kemungkinan.

Bila jari tengah kusyuk mengorek wat siasatan selanjutnya, tetiba de rasa pedih. Kompem!!! Jerawat. Eeeee nape jauh sangat parking. Serius jauh. Tenggelam gak satu inci jari nak sampai destinasi. Nak picit pun susah. Nak letak cream pe tah lagi.

Pasrah.

Wednesday, November 24, 2010

Susahnye nak pasang "NEKAD" yang satu ni

Nak KURUS!! Nape la nekad ku yang satu ni payah sangat nak menjadi ni. Hari2 ku pasang niat nak mengecikkan tang itu and tang ini. Asal tengok cermin je, mula aa benekad dengan sungguhnya. Konon taknak makan banyak. Konon itu. Konon ini. Sampai kan member and en.tunang pun cakap,

"Bukan dari taun lepas ke ko nak diet??"

Hahaha..memang dari taun lepas. Dan taun2 yg sebelumnya. Eeeee. Macam2 dah ku wat. Beli oat, last2 buang sebab tak lalu nak telan. Beli Fitness corn sampai 2-3 jenis, bila da makan, tak lalu plak nak makan ari-ari. Beli tali tuk skipping, 1-2 ari je ku layan. Nak joging, takde geng a plak nak teman. Bila kuar, pantang plak nampak kedai makan, cepat je ku ngajak owg makan. Try makanan tu, try makanan ni.

Eeee sakit hatinye. Ade2 je. Tu yang payah sangat tu. Satu je yang ku leh wat, tak makan malam. Tu pun sebab memang takde selera. Bukan sebab control. Ku pun da naik hafal tips2 diet yang de kat tenet ni.

Arghhhh. T.E.N.S.I.O.N.N.N.N.N..

Dah 8 bulan ku tak exercise. Sonok nampaknye lemak2 ni betapa dalam badan ku. Sape nak teman ku g joging?? JOMMM!!!

Wednesday, November 10, 2010

Congratulations

Assalamualaikummmmmmmmmmmm....
Tiba2 aku mencurik tulang kejap sebab nak mengarang punya pasal. Sebab kat opis ni takde orang. So, ku nak meluahkan perasaan yang tengah membuak2 ni. Haha.

Today, result UPSR dah kuar. Congrates to korang2 yang dapat good results. Yang tak bape nak cemerlang, takpe. Usaha lagi. Sape suh ko malas. Kat opis ni pun, da sebok becite pasal anak memasing yang ambik UPSR. Bukan anak je yang nervous, ngan mak2 nye skali nervous. Tadi ku dengar my boss cakap, anak member dia menangis2 sebab frust dapat 6A 1 C. Hah?? Tiba2 ku terpikir, kalo aku la yang dapat result camtu, mesti ku da melompat sampai awan agaknya. Takpun, mintak kat ayah ku duit. 1A = RM100. Setakat 1C tu, ape de hal. Hahaha. Tapi tu kalo aku yg pemalas ni. Maybe lain ngan anak member dia yang dah memang cerdik pandai tu.

Same gak la ngan opismate ku, Kelly. Today dia ambik half day leave coz nak temankan anak dia ambik result. Tadi dia col inform anak dia dapat full A, 7A. Pergh. Tabik ku kat budak2 skang ni. Cume bezanya anak melayu ngan anak cina ni, anak melayu ni terlebih manja. Baru dapat 3A, dah mintak motor. Tak pun, mak ayah dia da wat berita tergempar satu kampung.
Beza ngan anak cina. Dowang study beriya2. Tengah makan pun leh tengok buku. Dapat 7A pun, mak ayah tak bagi pape pun. Mission nak dapat A sebab nak dapat scholarship. Bukan nak dapat handphone, motor or pape jelah. Tapi tu surrounding ku la. Tah2 owg len same je kot. Apo-apo jelah.

And nak cite pasal ku plak. Congrates to my self also. Punya lah aku mengharap bagai nak rak, finally Allah murahkan rezeki ku and i got it. Alhamdulillah sangattttttttttt. Tersangat2 lah hepi when i received the call yang ku tunggu selama 2 weeks ni. Mood??? Giler kau tak hepi.

Tak terkata.

Monday, November 1, 2010

My Day - Part 9 : Walimatul Urus

Semalam, on the way nak g kenduri kat Kuala Selangor, ku singgah jap kat Sec 7 Shah Alam to collect my wedding card. Tq to Kadkahwinceria yang da berjaya menceriakan card aku.

Hasilnya?? Memang ku puas hati. Bila ku dah korek buang korek buang corak2 yang sepatutnya, akhirnya wujud laa satu card yang simple dan tersangat lah murahhhhhhhh. Nak tau harga..kene deal sendiri ngan tokei2 nya yang still muda and kreatif tu. Tah2 ngan ku je die nak bagi murah. Ngan korang ku tak tau. Huhuhu.

Google ler yang mempertemukan ku ngan dowang ni. Bab nak wat card ni, kitowang juz contact by phone and email saje. Skali je kitowang bejumpa sebab ku nak tengok jenis2 card ni. Kalo takat nak tengok sample kat blog and baca nama2 card tu, sampai sudah ku takkan paham. Bila da tengok and pegang sendiri, baru la ku tau. Baru la puas hati. Lagi sket je ku nak jadi experter bab2 card ni. Heee.

Sebenarnya, dalam seronok ku tengok card tu, ku lagi seronok tengok bila tokei2 card yang muda2 ni dah wat bisnes. Ku dapat bayangkan yang life dowang tu bz 24 jam tuk wat duit. Uish beshnye kalo ku camtu. Tapi kalo nak ikutkan, bukan tak leh wat. Sume owg leh wat kalo nak. Cuma, manusia macam ku ni kadang2, kaya sangat ngan alasan. De je yang takleh. Padahal malas!!!! Bak kata bos ku, If u Want it, U can get it.

Bila dengar je ayat2 camtu, mula aa rasa terbakar nak wat macam2. Sampai tertidur la memikir. Tapi bila bangun je tido, dah lupa balik dah. Camno??? Huhu. Takpe2. InsyaAllah satu hari nanti. Doa jela ye. Amin....

Thursday, October 28, 2010

Jarum Berlian

Liatnye ku nak bangun pagi tadi. Mane tak nye, malam tadi ku tido kol 12.30pm (bagi ku da tersangat lewat kalo soknye ku kene bangun awal ok..hee) gara-gara melayan baby yeyen yang makin ari makin membesar dengan nakalnya. Today ku on leave. Sebab ku nak g wat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

Konon nak melarikan diri dari beramai2 kat Klinik Seri Kembangan tu, so ku g la kat Klinik Puchong tapi bila ku sampai sana dalam kol 9 lebih, nak cari parking pun kene 3 kali pusing. Punya lah ramai. Macam de wat sales 99% je kat klinik ni.

My turn no. is 2163. Tapi no yang tengah melalak skang ni is 2081. Mak ai, sampai ku rasa tergamak nak kira manusia yg ada kat dalam tu. Tengok jam baru 9.26am. Cipong kate, mau kol 12 baru siap. Aloooo. Bukan ku tak leh nak sabar tapi ku de hal len. So ku takleh tunggu lame2. Kol 10.28am turn ku plak . Ni baru nak wat registration ok. Lom wat pape lagi. Sampai je kat kaunter, de la sowang pakcik ni yang serve aku. Tiba2, ku rasa berbaloi tunggu lama bila ade owg yg serve ku begitu skali. Senyum, cakap lembut2, ku tanya banyak kali dia still jawap ngan muka yg penuh iman. Uish. Sangat sangat sangat sangat jarang nak jumpa customer service yang camtu ye. Slalunye ku jumpa customer service berlipstic merah pekat yg kadang2 tersasar dari landasan bibir, muka ketat macam takut foundation cair, and jawap pun macam nak taknak je. Tu pasal pagi tadi ku rasa macam teruja ngan service pakcik tu. Tiba2 ku rasa lembut hati nak menunggu lagi. Heee.

Mula2 ingatkan nak menunggu lagi sejam tp tak sampai setengah jam, dowang da col my name. Say my name. Say my name. Sampai kat dalam bilik tu de sowang abg yg agak kemas muka dia pegang tangan ku and pesan,

"Takde cucuk yang tak menyakitkan."

Secara automatiknya, ku suh die lepaskan tangan ku and bagi ku relax kejap. Bila ku wat camtu, da sume owg plak pay attention kat ku. Lagi lah betambah sejuk kaki tangan ku. (Padahal nak ambik darah je pun..hahah). Ni da masuk kali ke-2 ku wat cek darah. So, de la beberape kerat nurse yang pujuk ku suh pandang dia la, suh ku pandang dinding la. Tujuan, jangan bagi ku tengok rupa paras jarum. Hee. Tiba2, PAPPP and tindakan reflect ku menjerit MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. Sume gelak sambil tanya, ha mane mak? mane mak?.

Eeeee...serius ku takut. Pesal tah. Memang dari dulu ku takut kalo benda2 bekaitan ngan cucuk mencucuk ni. Bila da ambik darah, ku kene tunggu lagi. Tak sampai 15mins, result da kuar. Hazira, tahniah, kandungan anda da mencecah 2 bulan. Hahaha. Bukan. Tu statement tipu. Yang betulnye, Hazira, result HIV awak tidak reaktif. Time tu la first time ku rasa camne perasaan bila doctor sendiri gtau result kat kita. Camne la agaknya perasaan owg len yg tunggu result anak kene operate la, tu la, ni la. Bedebar. Nauzubillah.

Setel dah lagi satu hal. Alhamdulillah. Tapi serius tak sangka, even ramai dalam klinik tu, ku leh siap benda ni tak sampai 2 jam. Agak pantas mereka bekerja ya. Bagus. Tak membuang masa ku. Memang ku puji la the way staff2 kat sana treat people. Beza sangat ngan klinik2 lain yg ku pernah pegi. Kat klinik Puchong ni ku suka. Sangat suka. Kekalkan prestasi kerja anda ye!!

Saturday, October 16, 2010

My Day - Part 8 : At 80 percent

Dari kol 10 pagi tadi sampai la kol 830 malam ni, ku g soping barang2 keperluan kawin ku nanti. Mak giler excited dapat langsir peberet die kat Jakel tadi. But ku lagi excited bila benda2 kecik like bunga pahar, bunga manggar and clip for penanggah da beli awal2.

Since big2 thing like baju, photographer, make up, canopy tu sume, so juz tinggal nak double confirm and follow up je ngan mereka2 yg terlibat tuk wedding ku nanti.

Yeye. Alhamdullillah 80% da setel.

1 je yang tak wat lagi------ D.I.E.T!!!! Bila nak start ni?? Huhuhu

Saturday, October 9, 2010

Dari hati ke hati

Tengah2 takde keje ni...dengan jujurnya aku menjawab soalan...

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

Benda kan?? Duit..ada duit, sume aku leh dapat. Beshnyeeee

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

Kotex

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

Tepi pantai...tema ala2 Garden

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Yup

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Sehingga akhir hayat

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

Dimana2 saje

7. Novel/ buku/ majalah yang terakhir korang beli?

Ku suka baca novel tp majority pinjam je. Haha. Last bahan bacaan yg ku beli is Majalah Pengantin

8. Apakah nama penuh korang?

Dot dot dot..


9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Dah tentu mak..telebih mesra. macam member2 je


10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang

My coming baby kot?? ahahhaah...honestly, takde pun

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Yup. Selalunya, baju mane yang ku sayang, for sure hand wash termasuklah baju kecik. Sayang wooo renda2. Baju yang kurang kasih sayang, sumenya akan ku campak saje dalam washing machine

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

Mekah and Paris. One sweet day. InsyaAllah. Amin

Wednesday, October 6, 2010

Kembali Bersama

Hai..selamat malam blog yang dah lame aku tinggalkan.

Tak tau nape takde mood nak menulis.

Sampaikan ku lupa password blog sendiri. Haha

Ayie, Ko da sampai Kapit, Sarawak. Selamat Berjuang!!

Tuesday, August 17, 2010

Kap Lam Ya Nga

Pagi semalam tengah ku kusyuk wat keje, tiba2 seorang kap lam ya nga ni panggil ku and my kelig, Fahmi. Kap lam ya nga ni tanya,

"guys, what do u mean by fasting?"

So, ku and Fahmi pun jawap la pe yg sepatutnya lah kan. Nak kate ku explain panjang sangat tu tak la coz bagi ku, watpe nak explain panjang2 kalo benda pendek pun dia susah nak paham. Ok fine. Dia tanya lagi,

"U know why people must fasting?"

Lom sempat ku nak menjawab, tiba2 telefon kat table ku berbunyi. So senang cite memang ku tak jawab la soalan dia tu. Ku pun tak amik pot la pe yang dia sambung ngan Fahmi tadi. Tengah ku sambung keje, dia panggil ku lagi.

"U nak tau tak, Malay berpuasa sebab God want people feel what people like Bosnia and all that felt."

Ku pun jawab. "Memang la, semua orang yang berpuasa tau." Takkan ku nak cakap plak, separuh2 org Islam je yang tau. Then dia sambung lagi.

"No, orang melayu skang tau pose je tp tak tau why they all kene pose. Bila time berbuka je, all people tak sabar nak smoke, tak saba nak makan itu ini, last2 membazir. Makanan pun pakai buang je. Tambah2 lagi orang besar2. U nak tau sapa?? Orang2 yang dok atas Ta**ng H**i tu. Pose je lebih, dowang tu yang setan sebenarnya. Kalo dah pangai macam tu, pose pun guna, tak halal."

Mak ai. Darah ku tiba2 jadi panas even ku tak paham sape yang dia maksudkan. Rasa marah de. Rasa malu pun de. Marah bila die suka2 nak pertikaikan "SEMUA" org melayu sama even ku da cakap tak semua org sama, also like u. Ku tambah lagi, people can't jugde people. Let God judge them. Tapi tak guna pun, die still nak kata statement die betul. Ku just malu bila pikir2 balik ape yg dia cakap tu de gak betulnya. Tengok jela berita kat TV3 malam tadi. Org melayu leh jual nasi lauk ayam kat org melayu lain yg tak pose.

But, ku betul2 tak agree bila dia "macam" mentertawakan pose umat islam zaman skang. Tak semua org sama OK. Kalo nak ikutkan rasa hati, nak je ku tanya kat kap lam ya nga ni,

"Why ur people biarkan ur God merayau-rayau makan rumput tepi2 jalan?".

Leh tak?

Monday, August 16, 2010

Singgah sebentar

Dah lamenye la ku tak menaip kat sini. Tersangat lame rasanya. Sebenarnya banyak benda ku nak cite. Tapi tu la. Bak kate, ariel peterpon, masa tak mengijinkan. Hee. Memang skang ni ku sangat2 bz. Siang keje. Keje ku skang ni plak, bukannya cam dulu. Suka2 leh pending. Skang ku baik. Wat keje on d sport. Bukan bos yang rushing2 ku. Tapi culture kat sini yang wat kan ku jadi pekeja on time. Hehe. Tapi penyakit suka simpan keje tu still takleh nak tinggalkan lagi. Haha. Kalo nak cite pasal tempat keje baru ku ni, so far OK. As long keje2 ku ni tak wat ku pening sampai ke umah, tu da kira syukur Alhamdullilah.

Sekilas pandang...


Rini da masuk ari ke-7 pose. Start semalam, dah 2 ari ku tak pose. Selamat baju2 tuk raya ku da beli before pose ritu kat Jakel. So, takde la kusut sangat. Dah siap hantar tempah lagi. Kunun2 disyear nak beli baju raya 2 pasang je. Kunun2 tak nak membazir. Sebab baju last year ounya, de lagi sepasang ku tak pakai2 sampai skang. Tapi, habit rambang mata tu mengatasi segalanya. 4 pasang gak baju ku. Rezeki jangan ditolak.



Bisnes kuih ku plak, Allhamdullilah dapat sambutan. Dah ramai yang order. So, before pose ritu lagi, sabtu and ahad ku memang banyak berabis masa kat umah jela tuk kuih2 ni. Then, bila de masa free sket, ku wat plak pape yang patut tuk my wedding preparation.


Uish. Memang betul2 bz ye.

Thursday, July 15, 2010

Not at the right time

Petang senin baru2 ni, waktu balik keje, cam biasa ku n opismate mesti berseronok2 dulu nak membahan itu membahan ini sebelum balik . Dah penat membahan, sume masuk kete memasing nak balik umah. Tetiba kete ku takleh nak start. De plak lampu merah menyala2. Sah battery!! Da try guna jumper pun tak berjaya nak start. Ku dah bepeluh da. Sikit pun tak tau nak watpe. Dowang suh ku tukar battery. Ku tanya nape?? You punya battery water empty, dowang cakap. Leh plak ku jawab balik,

"Kalo camtu, isi air battery jela".

Dowang sume pandang ku. Tak pasal2 ku kene marah. Baru la ku tau, rupanya kalo da empty memang kene beli battery baru. Yess aaa??? Ooooo. Haha. Pastu, dowang tambah lagi soalan yang memang ku tak penah tau pe jawapannya.

"U nak beli battery basah ke battery kering?".

Hah..memang ku kedut dahi je. Taknak ku tanya pe plak binatang yang dowang sebut.

Last2 malam tu ku tinggalkan kete kat opis. Malam tu jugak Cipong teman ku g beli battery. Cincai2 kene RM135.00. Kira ok la tu. Kalo nak ikut sejarah kete tu pun, ku tak penah ganti langsung even da nak sampai 2 taun. Lagi dasat, tak penah langsung ku cek air battery kete tu. Hahaha.

Kesian2. Tu la owg pompuan, memang cetek tul ilmu bab2 kete ni. Tapi ku paling dasat kot. Haha.

Duit da melayang.

Hari ni plak, mase on the way nak g keje pagi tadi, tetibe de satu batu terpelanting kat cermin depan kete ku. Calarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......Wuaaaaaaaa. Betul2 de depan mata ku garisan calar sepanjang jari. Hadoi. Tak tau nak cakap camne ku rasa time tu.

Mase nak kuar lunch, ku check cermin tu lagi. Lagi skali kete ni wat suprise. Retak tu dah makin panjang. Dowang tanya ku, de cover insurans tak?? Lagi satu ilmu ku dapat. Ku tak cover. Pandainya. Ok, next renew road tax on end of Dec, ku akan wat. Dah settle.

Tapi skang baru mid of July. Takkan nak tunggu Dec?? Retak tu camne?? Tak bahye ke?? Pendek cite, nak duit ku lagi aa ni kan?? Time2 camni plak mintak ku duit. Arghhhh. Nangisssss.

Tetibe Eca kata kat ku, "sabar2..ni dugaan owg nak kawin"

Aik?? Sweetnye dugaan. Heee.

Wednesday, June 16, 2010

Ahmad Jerry and Effy Fatma

Tengah ku kusyuk online, tetiba datang 2 ekor kucing singgah berehat kat tepi umah ku. Kalo da main cium2 montot tu, kompem yang sekor tu jantan and sekor lagi tu betina.

Tiba2 ku teringatkan kat kucing keturunan parsi yg family ku penah jaga satu masa dulu. Sekor betina, sekor lagi jantan. Tapi kitowang tak jaga si comel ni serentak. Dua2 ni pun bukan kucing kutip or kucing buangan. Mak ayah beli. Cash and carry. Kitowang bela yang jantan ni dulu. Nama dia, Jerry. RM500. Kalo tak silap ku, adek yg bagi nama tu kat dia. Sesuai sangat nama tu ngan muka dia yg ala2 melebar and tembam tu. Sangat2 comel. Kaler badan Jerry, oren. Bulu dia tebal ala2 karpet mahal. Start umur dia 3 bulan, die da hidup ngan kitowang. Masa mula2 dowang bela Jerry, hidup ku sangat la tertekan. Jerry cam budak2 kecik yg lain jugak. Dia terlalu suka begurau. Main kejar2 sana sini. Pantang nampak benda begerak, sume dia nak kejar. Yang teseksanya AKU. Tiap kali nak kuar toilet, ku mesti jerit dari dalam bilik air.

"Mak, Jerry ada kat pintu tak??? "

Sebabnya, ku da tau yg dia akan kejar ku kalo dia nampak kaki ku bejalan.

Sampai de satu tahap, bila terjadinya satu kejadian kejar mengejar ku ngan Jerry, ku tak kuar bilik satu hari. Jerry leh kejar ku dari dapur sampai ke bilik. Ku ingat kan bila ku da panjat katil double decker tu, ku akan selamat. Tapi rupanya, dia dah sampai dulu. Bayangkan camne dia leh panjat?? Ku punya jerit tak hengat. Sampai makan pun ku suh mak bawak pinggan dalam bilik. Sakit hati tau. Tapi bila Jerry dah besar sket, dia dah kurang aktif. Time ni ku dah mula rasa sayang kat Jerry. Heheh. Jerry da kurang bergurau. Tak banyak masa kat umah. Dia selalu kuar umah, mengorat dan beromen. Da matured sangat la tu. Pastu bila balik umah, tido tekangkang macam owg da puas dapat bijik. Eeee nakal tau.

Jerry kuat kentut. Kalo kentut, mengalahkan manusia. Da la kuat, busuk plak. Suka makan durian. Kalo sesape kopek durian, mesti die dok sebok same skali. Sampaikan tecekik biji durian. Selamat adek korek mulut die. Sejibik cam budak kecik tecekik. Kalo bab mandi plak, bagi kat mak. Mak je yang expert mandikan, syampookan dia. Pas mandi, mesti Jerry nak dok atas riba sape2 je. Manje tol kote sekor ni. 2years je kitowang sempat jaga dia. Tuhan lg sayang Jerry. Camne Jery mati tu yg tak sanggup ku nak ingatkan. Satu hari sebelum jumpa jenazah Jerry, kitowang da kehilangan dia. Selalunya bila time da nak masuk maghrib, kompem Jerry balik. Tapi satu hari tu, die tak balik2 pun. Mak ayah adek n aku tak tido satu malam cari dia. Sume tempat kitowang carik. Sampai kol 3 pagi. Esoknya, kitowang jumpa Jerry dlm perigi. Arghhhh seksa ku bayangkan. Nangissss. Sume nangis bila Jerry mati. Ayah ambik cuti keje. Aku n adek tak g skolah. Jerry da mati. Jerry da kene tanam. Dari kecik tau bela dia. Jerry...Jerry...

Sebab rindukan Jerry, sebab sunyi, kitowang bela Effy. Pun beli jugak. Name Effy ni ku yg bagi. Tak ingat bape lama jaga Effy. Kaler Effy santek sangat. Kelabu plus hitam. Kaler je ganas tapi karakter Effy sangat lain dr Jerry. Biasa la, betina. Slow motion sket. Yang ku ingat, Effy slalu sakit. Selalu bawak dia pegi hospital haiwan. Penah die demam sampai kena injection. Cian Effy. Pasal Effy ni, tak banyak sangat nak ingat. Maybe sebab perangai die lebih kurang sama ngan kucing2 yg lain.

Honestly, ku bukan suka sangat ngan kucing. Kalo ku jumpa kucing, kalo leh ngelak, mmg ku nak ngelak. Bukan benci tapi kurang gemar. Tapi kalo ngan Jerry and Effy, mmg ku sayang. Tambah2 lagi Jerry. Sayang giler2. Selama ku hidup, 2 ekor kucing ni jela yg pernah ku usap2 satu badan, manje2, duk atas riba. Kucing lain, TAK PERNAH LANGSUNG.

Wednesday, June 2, 2010

2010 - Angka 25

Semalam, 1st June 2010. Beday aku.


Dah 25 tahun. Serius macam tak caya. Lagi 5 tahun , 30. Mak ai. Lagi macam tak caya. Ku confident ramai yg takut nak dengar bila umo memasing dah meningkat naik. Bile ku pikir2 balik, dowang ni takut tua ke takut mati?? Hahaha. Kalo tanya kat ku, honestly ku tak takut pun. Besyukur lg ade. Alhamdullillah sebab bernafas gak sampai ke arini. (Statement motivate diri sendiri ke ape ni?? hee)


Standard la kan, bila jadi beday gurl ni, mood pon cantek je. Datang keje pun rasa nak behias lebih sket dari yang biasa. Gaji lambat masuk pun still leh senyum lagi. Hahaha. Lunch hour semalam, ada sorang makhluk kat opis ni yg baik hati nak lanje ku makan. Nak celebrate beday gurl aa kunun. Huhu. So kitowang juz tapau McD and lepak kat opis. Sempat la dowang nyanyi lagu turun-temurun"hepi beday" sambil hold fries. Comel lak ku tengok tambah2 lagi si Kelly ni ha. Heheeheh.


Malam lak, turn my dear yg lanje ku makan. Makan lagi. Free Diet Day. Selamat la bukan ari2 celebrate beday ye. Disebabkan memasing baru balik keje, so we just went to Mines. Ingatkan nak makan kat Secret Recipe memandangkan ku dah tebayang2 lemak2 berkrim cake2 kat situ tapi bila dah sampai sane, mood betukar lak. Tetiba rasa nak makan pizza lak. Balun saje.


Ku pun nak wish gak ;


Hepi beday to : Alin, same gak date ngan ku


Hepi beday in advance : Mak and along (14th June)


Belated beday to : Nora (31st May)


To mereka2 yg wish and lanje ku makan, time kasih la banyak2 ye.


Hadiah?? :)

Saturday, May 1, 2010

i-City Shah Alam


Actually, ku dah lame tau pasal i-City kat Shah Alam ni. Ku de terbace kat paper pasal i-City ni. Seingat ku, kewujudan i-City is under MSC which it will be a first class communication technology. Kalo tak silap ku la. Kalo nak tau more info yg lg tepat, leh aa cari kat mane2 website. Ku tak nak la jadi copy & paste blogger. Hehehe. Tp selama ni tak pernah plak la ku tepikir nak g sane. Sebab seriously, ku tak tau plak yg i-City ni meriah & santek giler bila waktu malam. Ku ingatkan juz lampu2 biase macam kat Subang tu je. Hee.



Secara tak sengaja, malam minggu semalam ku ngan Pija perabihkan mase kat i-City. Selama ku lalu lalang kat sec 7 ni, tak penah lak ku prasan de lampu2 cantik bederet tepi jalan ni. Mule2 nak masuk simpang tu je da jem. Slow moving. Macam nak g tgk konsert plak rasenye.


Kitowang tak turun dr kete pun. Nak carik parking pun satu hal, malas nk bejalan pun ye gak. So juz pusing2 kat tepi2 tu je. Once da betul2 sampai kat depan tu, mmg ku teruja giler tengok. Macam2 bentuk leh tengok. Very colourful & wonderful nite. Macam tak sangka kat Malaysia pun de tempat cantik camni. Tp one day ku akan dtg gak tempat ni lg skali. Rase tak puas hati kalo tak masuk dalam. Dengar cite macam2 yg kite leh tengok kalo pusing semua tempat. Bagus gak i-City ni wujud kat Shah Alam, de gak aktiviti2 riadah nak wat malam2 minggu ni. Tambah2 lagi yg dah bekeluarga. Rase2 takkan sampai oversea, leh a dtg sini. Hehehe.


Thursday, April 29, 2010

Jangan nangis lagi sayang

Malam tadi ku mimpi tengah gurau2 ngan Aryen. Pas gurau2, Aryen nangis. Tak tau pesal. Meraung2. Makin lama, suara die makin kuat. Tetibe ku terjage. Ku ingatkan juz mimpi je tp tengok2 mmg Aryen tengah nangis. Ku tengok jam kol 04.15am. Ku pun terus berlari keluar bilik nak tengok die. Kesian sangat tengok die menangis camtu. Lain dr yg biase. Sampai keluar2 airmata die. Pujuk punye pujuk, die tak mau diam gak. Ku kesian tengok budak nangis gila2 camni. Kesian sbb kite takleh nak tau nape die menangis.

Ku tanya mak kenapa. Tp mak cakap die nangis tibe2 mase Mummy die tengah nenenkan. Kitowang pun same2 la pujuk die. Mak dukung die sambil selawat. Ku bacakan ayat Kursi kat telinga die. Aryen senyap sekejap. Bila mak ku benti selawat, Aryen nangis balik. Sampai atuk die pun bejage skali.

Tak tau la same ada budak ni tenampak benda2 yg menakutkan die ke, ape ke. Wallahuallam. Pastu Daddy die amikkan air dan baca pape yg patut, sapu kat muka n badan die. Alhamdullilah, Aryen da senyap sket. Ku pun sambung tido. Tak tau Aryen tido kol bape. Ish jangan lah Aryen sayang wat camni lagi. Sangat3 risau & kesian kat die.

Friday, April 23, 2010

Satu minggu yang memeritkan

Masuk rini ngam2 seminggu ku demam.


Jumaat lepas (16.04.2010) ...


Aku da dapat tande2 badan ku bakal tak sehat. Mase tu cepat2 ku makan panadol Uphamol. Kire da ok sket la.

Sabtu (17.04.2010) ...

Bangun2 tido je ku da rase macam tak sedap badan. Memang kompem badan ku tak sehat ni. Tapi disebabkan da bejanji, ku gagahkan gak la temankan si Eca g PC Fair kat KLCC. Sampai sane je ku da rase badan ku da makin kronik. Mule rasa cam da nak pitam. Tambah2 lg bile ramai giler manusia berasak2 kat sini. Bile da nak petang, condition ku makin teruk. Panas giler. Balik dari KLCC tu gak terus g clinic. Suhu 38.7.

Senin (19.04.2010) ...

Patutnye ku da masuk keje. Tp tangan kiri ku plak yg sakit tahap tak leh gerak. Pagi2 kol 8.00am ku mintak mak hantar ku g umah owg mengurut. Balik dr tu, tangan ku makin sakit. Ngilu die hanye Tuhan je yg tau. Cipong bwk g Hospital Serdang then dowang suh g clinic gov dulu. Sampai clinic, owg plak telalu ramai. Ku yg da tak tahan sakit ni mintak Cipong anta ke clinic swasta je. Doc just kasi ku ubat tahan sakit & ubat urat je.


Khamis (22.04.2010) ...


Pagi2 suara ku dah tak kuar. Malam tadi punye sakit tak ilang2 lg. Masuk je opis ku da rase badan sejuk semacam. Menggigil sampai ku tepakse kuar dr opis tuk panaskan badan. Bos ku siap kasi ubat tekak. Makin lame ku kat opis tu, ku da tak tahan & bos ku suruh ku tinggalkan sume keje & suruh ku balik. Rini kali ke-3 ku g clinic yg same. Suhu 38.9. Lagi2 ubat batuk yg die kasi. Dr botol biru, skang botol oren plak. Sakit tekak ni tak gak hilang2. Malam ni mmg ku tak sedap ati. Macam2 ku tepikir. H1N1 la. Denggi la. Eeee nauzubillah.


Jumaat (23.04.2010) ...


Rini along cuti sbb nak anta ku g clinic gov kat Seri Kembangan. Before sampai clinic, ku baru prasan yg tekak ku macam da benanah. Alamak. Gelinye tgk. Kol 10.12am ku register. Pastu dowang suh ku g wat blood test. 1st time dlm hidup. Heee. Bedebar gak jantung ku mase tu. Mane taknye, tu la 1st injection after BCG dulu. Nak2 bile tgk darah begantung2. Eeee seriau ku. Pastu tunggu Q jumpe doc plak. Mase doc cek tekak ku, die ngeleng pale. Ku tanye la nape, die jawap, tonsil, very bad tonsil, both. Ku tanye die lg skali, kompem ke bukan H1N1 ke, ape ke. Die ngeleng pale, cume ku punye tekak ni dah masuk kuman katenye. Alhamdullilah. Pastu Q tuk ambik ubat lak.

registration

bilik 6 - tempat ku disuntik tuk cek darah

bilik 7 - tempat menunggu result darah

bilik last skali - cek ngan doc lak

Kol 11.30am sume da settled. Camtu la prosedur kalo clinic gov ni. Teruk sangat tu takla. Cume kene tunggu lame sket la dr clinic swasta. Biase la, owg ramai. Mesti la lame sket. Bukan la sebab dowang wat keje terhegeh2 ke. Lembap ke. Kene la sabar. Tu je. Mintak2 ku cepat sehat & leh becakap macam biase. Heee. Amin.


Moral value : Kalo nak cek penyakit ngan details, g la clinic gov / hospital terus. Sangat puas hati. (based on my experience, also friends experience)

Wednesday, April 21, 2010

Pejuang vs Penyakit

Ahhh lame sudah ku tak mengarang. Dah lame jugak ku tak demam sampai berbaring2. Nak kate puas, mmg ku puas gak la sbb dah slalu sangat badan ni asik ase tak sedap je. Tapi tak gak demam2. Hah sekali kene ni, sampai ke rini ku tak sehat2 g. Sumenye punce dr sakit tekak je. Terus melarat ke demam.

Tak penah2 ku abiskan ubat tp demam kali ni catat rekod bile ku berjaye abiskan sume ubat. Siap g clinic lg tuk mintak ubat lagi. Semangat nak sehat!! Ari2 kene telan 12 bijik pil. Fuhhhh..tapi tu bukan masalah. Sbb ku ni bukan la jenis takut makan ubat. Janji sehat.

Ahamdullilah skang da sehat sket. Tapi paling tak tahan, tekak ku sampai la ni tak gak elok2. Cam betambah sakit pon de gak. Wuaaaaa. Tak sanggupnye. Macam menjadi2 lak sakitnye. Sume ubat ku da telan. Tapi baru malam ni ku baru teringat kat air asam jawa. Nak abiskan secawan punye la payah. Nak sehat punye pasal, telan jela. tetibe ku teringatkan Dina. Budak yg sangat tabah bile demam. Tak banyak songeh. Air asam yg ku wat tadi tu pun sbb teringat kat die. Kalo die sakit tekak, slumber je die minum air asam jawa yg mama die wat. Dina..Dina..

Hope esok2 ok la. Tak sanggup da. Rindu nak dgr sore sebenar ku. Huuhuu. Tapi takpe, sesungguhnye penyakit tu penghapus dosa2 kecik. Heee. Bejuang melawan penyakit!!! Yeaahhh

Friday, April 9, 2010

Bisa seorang Mamak


Baru-baru ni ku bekenalan ngan sowang lelaki and akhirnye kami berkawan. Ku panggil kawan baru ni, Mat. First time jumpe Mat ni, mmg pendiam owgnye. Sepatah tanye, sepatah jawab. Tu pun kire bagus die jawab, kalo tak, menyengih jela kejenye. Ku and kawan ku suke mengusik die. Bukan ape, slalunya owg diam2 ni berisi. Pendiam tak semestinye malu. Owg2 yg camni la kite kene alert sebenarnye. Tapi bile da kenal, rupenye si Mat ni banyak cakap owgnye. Serius ku senang sembang ngan die. Pale die pon cam pale ku jugak.
Justify Full
Mat de cite kat ku yg bapak die ade pesan,

"Kalo ko jumpe mamak ngan ular sawa, ko bunuh mamak tu dulu baru ko bunuh ular sawa tu"

Ku paham maksud bapak die tu tp ku still nak tau, nape ngan mamak??

Mat cakap,

"Ku tak tau, tp tu la yg die pesan kat ku"

And skang, atas pe yg penah jadi kat ku, ku mmg SETUJU giler babi hutan ngan pe yg bapak Mat pesankan. Ku de kenal sowang mamak ni, ku panggil die L (nama hanye sekadar sandaran). L ni mmg jenis banyak mulut. Kalo becakap tu, ade je isu die. Kalo nak cite pasal L ni, mmg tak cukup 1 post. Ku need more post tp ku tanak la kotorkan blog ku ni semate2 nak jaja kesialan dak L ni.

Pe yg leh ku cakap, dak L ni mmg penipu nak mampus. Die menipu bukan sket2 punye tipu. Melampau ok. Die tipu sume orang yg de keliling die. Menipu tahap menganiaya. Eeeeeeeeeee sakitnye hati bile ingat muke die. Mmg tak salah ku jijik tgk die mase mule2 jumpe dulu. Bukan tu je, L jugak seorg muke tembok. Suke2 hati ayah die nak pakai harta owg tp gaye macam mak die yg punye. Perghh.

Tp kalo bab2 camtu, ku tak heran sangat. Anggap jela owg2 yg camni kurang kasih syg. Kesian. Yg ku benci tu, die ni suke menganiaya owg. Dia sanggup wat ape je janji ape yg die nak die dapat. Eeeeeee tak tau lah camne nak cakap. Sape yg kenal die je yg akan tau. Bile dipikir2kan balik, macam tak sangke sangat yg ku leh jumpe ngan owg camni. Selama ni ku juz tengok kat TV je. Ishhh nauzubillah.

Sebab bende ni da jadi kat ku la, ku sokong pesanan bapak si Mat tu. Tp ku konpiden, tak sume mamak camtu. Sume same je. Tak kesah la mamak ke, melayu ke, cina ke, kadazan ke. Rambut je same kaler, hati2 lain2 beb. Macam2 adaaaa!! So berhati2 la kalo nk pilih kawan tu. Kepade para penipu, cukup2 la tu. Byk g care nak carik makan. Kilang kat Malaysia ni pun byk nak pakai owg.

Ikhlas dr hati : Ku JIJIK ngan penipu!! Yulksssss

Monday, April 5, 2010

Kerja. Kerja. Kerja.

Selamat pagi.

Arini dah masuk hari yg ke-4 ku lepak umah after resigned. Best giler rase. Tapi dalam best2 tu, ku ade gak rase seram2, risau, was2 sume de. Sebabnye, sok ku akan start keje. Keje baru. Environment baru. Bos baru. Kawan baru. Sume baru. Pergh. Camne la agaknye tu. Tah ku suke tah tak. Kalo tengok kan job description die, mmg ku suke. Coz keje baru ni memerlukan ku jalan sane, jalan sini. Tak sabar pun ade tp yg lebihnye risau. Adoi benci tol la kalo nak start bende baru ni. Wuuuaaaaaa.

Actually mase nak resign aritu, benda ni la yg wat ku sakit pale nak pikir. Sampai naik la segala jer2 yg tak sepatutnya kat dahi ni. Tak pasal2 ku g wat facial. Haha. Mane taknye, hati nak resign tp dat time ku still tak dapat mane2 offer keje lagi. Kalo nak ikutkan logik, sape2 pun takkan sokong pe yg ku wat. Sume suh ku carik keje lain dulu, only then ku resign. Tapi nak wat camne, hati dah tak suke. Ku pun ambik keputusan berani mati. Mase tu ade la several company invite tuk interview termasukla interview tuk GSTT (Guru sandaran tidak terlatih). Tp selagi ku keje, camne ku nak attend interview. Susah!! (Padahal mmg menyampah nak g interview. Heee)

Tapi Alhamdullilah, Allah murahkan rezeki ku. Dapat gak ku keje. Mintak2 ku leh stay lame laa. Hehe. Pe yg penting keje tu tak boring. Bile tak boring, hati pun suke. Bile hati suke, keje pun ikhlas. Bile hati ikhlas, baru semangat nak keje. Bile da de semangat, baru poket tebal. Yeke teori ku tu?? Heeee. Pandai2 je.

Takpela, most important thing, i have to try it first. Ku ngaku yg ku ni mmg memilih and sometime suke sangat pikir yg bukan2. Eee benci tol la pangai ku yg satu ni. Kalo nak ikutkan, selagi tak try, selagi tu tak tau kan? (Ayat sedapkan hati sendiri..Hahahah). Huh. Eish malas la pikir. Kalo pikir kan, sampai chapter 10 pun tak cukup. Bak kate syg sy, selagi tak dapat angin die mmg camtu, layan kan aje, sok2 ok la. Yela yang, ku paham. Mintak2 camtu la. Tengok la dalam seminggu dua ni dulu camne ye.

Friday, April 2, 2010

Congrates Shu

Pagi2 mak dah bangunkan solat. Mase mule2 nk bangun, liat giler mata ni nak bukak. Golek sane, golek sini. Tengok jam, baru kol 0630am. Alaa, awal lagi ni. Kalo ku kat SA, kol 0645am baru bangun solat ni. Heee. Pas solat, mate terus tak mau tido. Tu yg pepagi buta da bukak tenet. Takde keje, carik keje.

Tengah2 bukak facebook tadi, teringat plak kat member, si Shu, member mase same2 practical kat Utusan dulu. Dia da kawen ngan abg kesayangannye on 14.03.2010. Dah agak basi kalo ku nak cite skang kan. Entah2 owg tu pun da....................pe?? Heheh. Pape pun, Congrates ye Dear!! Moga2 jodoh bekekalan sehingga akhir hayat. Amin.

at Shu's side, 14.03.2010 (before Zohor)

at bro's side, 14.03.2010 (After Zohor)

Thursday, April 1, 2010

Macam-macam

Yes!!! Aku resigned. Sempat lagi ku gaduh ngan pakcik I Mean. Haha. Sape suh gelabah sangat. Kan dah kena ngan ku. Nak fight ngan anak emas company tu. Sah2 la ko kalah. Haha. Dah la, taknak cite pasal tu. Full stop.





Tetibe de pic bear. Malam semalam baru dapat. Betambah lagi la koleksi ku. Huhu. Best2. Tq to sang pemberi. Muahhh. Again TQ. TQ Again. Suke sangat. Biase la, da lumrah kalo pompuan dapat bende2 camni. Haha. Nak lagi??

Wednesday, March 31, 2010

Bos Im Quit!!!


01.04.2010 - Someone may resign!!

Agak kecoh sikit kat opis ni bila ku tibe2 nak resign without 1 month notice. Akibatnya, ku dikenakan penalty. Memang sakit hati tp ku puas hati. Kire 2 in 1 la. Hehe. Mase mule2 nak bgtau ngan dowang, mmg ku nebes. Standard la, da tau tengah wat salah. Tu yg cuak sket. Huhu. Ku tak bgtau sape2 yg ku nak resign except Lily. Kalo la ku tau yg akhirnye ku akan wat keputusan tuk resign jugak, baik ku kasi notice awal March ritu. Ishhh kan da rugi. Setelah didarab, bahagi tambah tolak sume, ku juz dapat payment tuk satu hari bekeje je. Satu hari??? Wuaaaaa. Macam sial. Rugi ku wat baik ngan company ni selama ni. Wuuuuuuuuuuuuuuuuu. Tp ape leh wat kan. Better than Nothing. Arghhh benci sungguh!!!

Time2 saat genting ni la dowang offer ku macam2. Paling best bile dowang nak increase my salary up to RM400.00. Pergh. Kalo ku sanggup bepening sbb duit, mau ku cancel resign ni. Haha. Tp pasrah jela. Ku tolak. Ku je yg tau nape. Kang kalo cite kang, tak paham plak. So senang cite, biarlah rahsia. Hee. Sok last day ku keje coz nak hand over sume keje and properties office yg ku pegang selama ni. Tak saba rasenye nak merdeka. Anak emas akan belayar. Huhu.

Today ku settle kan mane2 keje ku yg tak siap. Pesal la ku ni baik sangat. Pesal la ku tak tinggalkan je. Eeeeeeeeeeeee. Tak boleh2. Kalo ku nak hidup aman, ku kene siapkan jugak. Kalo tak, esok2 bedering2 la handphone ku. Taknak!! Takpela, anggap jela ku wat charity work. Huh. Oh esok. Tak sabanye ku nak tunggu ko wahai Esok. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Wahai bos2 ku sekalian, ni baru betul2 April FooooooooooooooL. Heeeehehe.

Monday, March 29, 2010

Macam Tin Kosong


Dalam seminggu ni ku rase mood ku tak bape nak baik la. Rase macam owg sasau je. Ku tak tau la pe yg akan ku wat ni, satu kebaikkan or sebaliknya. Ishh. Takut tu mmg ye. Sekali ku wat decision, no turning back. And skang ku rase, nak tak nak ku mesti confident ngan pe yg ku nak wat nanti. Tp kengkadang rase macam Tuhan da bg ku petunjuk. Ish tah la. Ku betul2 tak tau. Kepale ku betul2 ase berat sangat skang ni. Rase macam ade anak gajah je yg dok atas pale ni.


Tapi ku confident, yg wat ku rase berat ni sebab keje yg satu ni tak settle lagi. Maybe pas keje ni settle, automatic ku akan rase bebas macam burung telepas sangkar gitu. Wahh tak sabarnye tunggu mase tu. Bila la ni. Mintak2 sume nye will be OK. Ku paling rimas kalo owg tak abis2 nak tau why, why, why. Tolong la. Let me go.


Tension tu hanya Tuhan je yg tau. Ya Allah, ku doa sangat pe yg akan terjadi akan bejalan ngan lancar. Ku betul2 rase KOSONG.

Friday, March 26, 2010

Earth Hour Malaysia



Sayangi Bumi, Padamkan Lampu Kediaman Anda.

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam.

Tujuannya agar membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim dan mencegah perubahan iklim yang cukup nyata. Perubahan iklim bukan saja mengancam kesejahteraan manusia, tetapi juga hidupan liar dan alam sekitar . Ribut kerap berlaku akibat perubahan iklim. Penyu dan lain-lain hidupan laut enggan bertelur kerana pantai dirosakkan.

27.03.2010, Sabtu, 08.30pm - 09.30pm.

ESOK hari begelap Malaysia.

Agak2 ramai tak yg wat??

Taun lepas, banyak gak cite2 sampingan kesan begelap ni.

Macam2. Ade yg kate sonok. Sbb dapat jadi salah seorang pejuang program ni.

Ade yg kata, umah + kedai dowang kene rompak. Sonok perompak2 ni ye. Line clear sangat la tu. Kuang asam tol.

Ade yg dok melepak kat tasik2. Pe lagi, romen2 aa. Time ni la takde sape yg nampak kunun ye?? Hampeh.

Entah la. Owg Malaysia ni pun satu, lain yg disuruh, lain yg dibuatnya. Last year ku tak wat pun, tak ingat plak sebab ape. Maknenye aku tak support la program ni yer?? Ish tak patut2. Hee. OK taun ni aku cube. Malaysia Boleh!!! Peace.

Saturday, March 20, 2010

Langkawi Island (Part 3)

Episod terakhir tuk romantika journey..hahaha

Island Hoping

For the 1st time, kitowang pun tertanya2 gak, apa bende Island Hoping ni. Teringin nak tau tp tak tekeluar plak idea nak betanye. Kebetulan, Abg Remy tu la yg bg info kat kitowang. Island Hoping ni common activity dat almost motel or hotel offers it. Tak pun, kite akan follow mane2 travel agency yg de kat situ. Senang, kite juz pay & dorang akan arrange transport and boat. They charged us for RM30 per head for 4hours. Kadang2 de yg sampai RM60 per head. So pandai2 la kene carik. 0930am a van picked us from our motel to a nearby beach. Kat situ kire tempat boarding boat la. Dalam hati ni teruja sangat2!!! Ade 3 destinations yg dorang akan bawak.




First - Pulau Dayang Bunting

Nak ke pulau ni ambik mase dalam 15mins from where we left. Boat tu akan stopped kat 1 pot where we can see ngan clearnye pulau which looked like a pregnant lady lying on her back. Ku terpikir gak, sampai bile pulau ni takkan berubah physical die?? Entahlah. Hee. Then, dowang akan stopped at the jetty. Kat situ, we were given an hour tuk mandi, jenjalan, tengok monyet & macam2 g. Kat situ ku pasan air die move like bebelon. Yeke bebelon?? Erm camne tah nak cakap.






Second - Pulau Singa Besar

Layan angin lg. Waa bestnye. Kat cni we can see eagle feeding. Banyak giler eagles bekumpul and flying around & menyambar daging ayam thrown into the water. Time ni la dapat tengok eagle live dekat2.



Third - Pulau Beras Basah



This is the last destination. Tempat ni very222222 cool. Santek giler air die. Siap leh nampak lagi ikan men kejar2 dalam laut tu. Love to seeing the clear sea water. Cuaca mase tu panas tak hengat but cam biase la, minah2 salleh tu slumber je sidai badan dowang. Yg ku nampak, owg melayu kite je yg sebok dok sapu losyen satu badan, kecuali aku. Hahaha. Ku juz relax je kat tepi pantai tu. Cipong lak, ngan terujanya jumped in to the sea & tak lame tu ku plak yg tak tahan. Ku pun masuk skali tp juz jalan2 je kt dlm laut tu. Bayangkan?? Heee. Mmg best giler tempat tu. Tu pun da trase cukup puas. Huhu. We got wet but it dried up quickly. Bile da cukup sejam, kitowang go back to jetty.





Ohhh Island Hoping. Goodbye!!! It was an unforgettable experience. Rugi kalo tak jejak kan kaki kat sini.




Petang tu kitowang juz g mengabiskan mase pusing2. We went to D'Zone, Pekan Kuah, Look Out Point View, Pantai Tengkorak, and lepak kat Pantai Kok. Kol 0800pm kitowang g airport, anta kete. Departed at 1100pm.



Langkawi oh Langkawi. Sonoknye rase. Best giler. Sampai leh senyum sowang2 bile da sampai umah. Manis giler rase. Hahaha.



Next vacation?? Pulau Tioman?? Pulau Santubong?? Balik Pulau?? Mungkin kah...Huhu

Thursday, March 11, 2010

Langkawi Island (Part 2)

Hari Kedua - 02.03.2010

Awal kol 0830am kitowang da siap2 nak continue activity semalam. After had a breakfast, kitowang terus ke Oriental Village.
Cable Car
Only 30mins from Pantai Chenang. Tempat ni mmg best giler. View yg mantap. Betapa keciknye ku rase bediri kat atas tu. Tu baru kat first stage. Sampai kat second stage, tak tercakap rase kagumnya ciptaan Tuhan. Then jalan plak ke Sky Bridge. Sumpah ku tak tau yg ku akan rase gayat!! Memula ok lagi. Tapi bile da separuh jalan, tetibe rasa kaki mcm da crem. Tak leh nak jalan. Ku stuck kat tengah2 bridge tu. Terase ku poyo sangat mase tu tp tu la kenyataan. Nak kene pegang baru leh jalan. Sampai de couple ni tegur ku, ”jangan pandang bawah, jalan terus je”. Hahaha. Tapi dis place mmg world. Rugi kalo tak g. Unforgettable thrill!!! RM15 per entry for adult with IC.




Makan mahsuri

Still remain the same. Tak byk yg berubah. Lagipun de several tempat yg tutup tuk renovation. So we juz pusing2 tuk posing je. Tempat ni agak boring & slow. Sesuai tuk rombongan makcik2 saje. RM5 per entry for adult.



Pekan Kuah

Ku ingatkan Pekan Kuah ni mcm pasar tani sbb owg dok heboh kate best sgt soping choc & minyak gamat kat sini. Rupanya mcm pekan kat Rawang je. Kitowang tak ambik masa yg lama kat sini.





Jetty point

Sempat la kitowang singgah kejap tuk menyejukkan badan. Asik kene panas je, so kitowang decide nak lepak dlm ni sementara nak tunggu ari redup. Sempat gak la besoping2 sket.

Pantai Beringin

Around 0530pm, kitowang lepak sini plak. Pantai ni sejuk je rase. Hilang penat. Tapi tak berapa ramai sangat mase kitowang g tu.

Dataran Lang

Ni salah satu place of interest kat Langkawi. Actually takde pe yg special. Cuma the view & the big eagle tu cantik sangat. Petang2 mmg best lepak kat situ. Sesuai tuk tgk sunset. Sweet.


Pas maghrib, kitowang g lepak2 pantai Chenang rehat2kan badan. Baring2 bawah pokok kelapa tengok bintang, sambil dgr live band, bunyi2 derusan ombak, bunyi keriangan owg memancing yg dapat ikan, perghhhhh. Rase indah giler. Hahahaha. Bile lapar, g carik western food at Rasa Restaurant & kat sini la kitowang jumpa Abg Remy yg suggestkan Island Hoping for our next day activity.


Bersambung...

Wednesday, March 10, 2010

Pakcik I Mean

Baru2 ni de lg sowang staff baru masuk kat opis ku. Cam biase, not malaysian. Makin ramai owg asing kat opis ni, makin tak saba ku nak benti keje. Bagusnye kalo time2 camni ku dapat keje len. Dapat lak company 100% Bumiputera. Memang ku tinggalkan je company ni.

Name die, Mr.Huz**. Muslim tp tah mane asalnye pun ku tak tau. Agak berumur la tp jalan still laju. First day ku jumpe ngan die, ku da nyampah. Menggelabah punya owg tua, patut la jalan laju. Eeeeeeeee ku tak dapat nak ckp camne ku nyampah & tak selesanya keje ngan die. Benci giler. Kalo lah die ni budak lagi, ku da tunjal pale die tu sambil memaki.

Kelam kabut. Keje2 ku pun die sibuk nak amik pot. Kalo yer pun takde keje, agak2 la nak carik keje sampai pe yg ku wat pun nak ambik tau. Bayangkan, tibe2 die leh mintak kat ku opis punye bill tipon?? Bile mase plak ku ni jadi tukang jage bill?? Kalo ku de pun, die nak watpe ngan bil tu?? Eeeeeeeeeee. Ish tak dapat nak cakap camne betape meluatnye ku tengok care die. Bahbih tol rase. Kadang2 sampai tahap pe yg die cakap, ku wat tak tau je. Ku malas nak layan. Kalo die panggil ku pun, ku wat2 tak dengar. Time tu ku da tak pikir die tu tua. Lantak aa situ. Dah la tu, suka tanya benda yg sama banyak2 kali. Sepatah tanya, ratus2 die jawab. Tu la first time ku tanye kat die. Hope first & last. Pasni kalo leh ku mmg tak nak tanya dia pape.


Favourite word die, i mean. Tiap ayat die, kompem die selitkan perkataan i mean tu. Dalam 1 ari, lebih 100 kali die sebut word tu. Tu pasal ku panggil die pakcik i mean. Kalo die de kat opis, asik dengar suara die je. Eeeeeee sakit telinga ku. Kalo die not around, bahgia tak tekate. Kadang2 kalo die muncul sebelah ku, ku wat macam die takde je. Biar padan muka die.


Tadi pas solat, ku terus g makan. Tengah tunggu order, tenampak plak die ngan Mr.James. Pe lagi, satu table la. Time makan tu, macam2 soalan die tanye. Pasal culture la, pasal marriage la, makanan la, nasi goreng yg biase tu pun die nampak pelik, pastu siap tanye ku mane nak dapat capati. Selamat la bukan adek ku, kalo tak, ku da tepuk mulut die. Tapi yg bagusnye, pakcik i mean yg lanje. Bile da sampai opis, ngan gaye egonye ku cakap kat die, "Thanks for the lunch." Pastu ku terus wat keje.

Bestnye kalo ku dapat luahkan pe yg ku tulis ni kat die. Mesti ku rase kepuasan yg amat.

Rayyan in 1 month




10 March 2010 - Firqan Ar Rayyan da cukup sebulan.

Rini Rayyan kene inject!! Cian syg mama ni. Sure nangis.

Mesti beriye wan Ana & daddy die pujuk.

Kalo mama de, sure mama bawak Rayyan g Mines kasi jgn nangis. Hee.

2 ari lepas ku balik umah mak. Sampai2 je tengok Rayyan tak tido lagi.

Tengah main ngan wan n mummy die. Puas ku cium die malam tu.

Baru seminggu ku tak tengok die tp badan die da semangat.

Makin berisi makin comel sangat. Paling penting, makin manje.

Nak kene dukung baru senyap. Kalo tak, sure dengar die merengek.

Mane boleh tahan.

Kalo tak merengek pun, ku sanggup ambik & dukung die.

Rindu sangat kat die. Tak saba nak tunggu die besar lagi sket.

Agak2 mummy die tido, leh bawak Rayyan lari g Zoo. Waaa mesti sonok.

Disweek balik umah mak lagi. Tak saba nak main ngan die.

Sunday, March 7, 2010

Langkawi Island - Part 1

Hajat Cipong nak ke Langkawi da pun tercapai. Da lama dia ajax ku travel sana sini. Cuma ku je yg bekira-kira sket same ada nak g or tak. Sbbnye, ku da tau yg ku nak betunang on Feb, so ku tanak ade masalah sunburn & sebagainya. Melampau ke?? Hee. Finally kitowang booked ticket tuk travel on March’10.

Hari pertama - 01.03.2010

Pagi2 dalam kol 0830am ku da bangun. Nak pack brg. Wajib de checklist tuk make sure brg2 ku cukup & takde yg tinggal. Dalam kol 1100am ambik Nuar, kawan Cipong kat Kg Melayu Subang. Baik woo die. Sanggup cuti keje semata2 nak anta kitowang g LCCT. Hee. Nak dijadikan cite, on d way ke umah Nuar, baru ku pasan yg wallet ku tetinggal. Selamat dat time, still kat area S.Alam lg. Mean Tuhan nak bg ku chance lg holiday kat Langkawi. Watnye time da sampai airport baru teringat macam mane??? Nangisssss laaa. Huh tak dapat ku bygkan. Kol 0300pm, kitowang da de kat airport. Yg bestnye, dua2 tak penah naik flight. Ni la first time. Haha. Ticket scheduled at 0410pm. Teruja beb!!

depart time..

wajib tuk first time..hahaha

45mins da sampai Langkawi airport. Kat airport, kitowang cari keta tuk disewa & dapat la keta BLM, RM130 for 3days. Pas settled kete, kitowang g carik motel plak. Dapat laa motel betul2 tepi Pantai Chenang, RM50 per night. Tapi bukan aircond, kipas. Memandangkan ku & Cipong tak kesah, ON saje. As long clean & clear. Heee. Stakat nak guna tuk salin baju & tidur je, kire ok la tu. Tambah2 lagi kitowang sewa 2rooms. Bajet pun bajet. Heee.

auto..baru..fullspec lg..berbaloi2

infront of the motel..

motel yg ala2 chalet..

Pas check in, kitowang kuar g lepak pantai. Da lame tak free camni. Lupe kejap muke2 paria kat opis tu. Wahh bahgia giler rase. Pas maghrib, kuar g jenjalan kat kedai2 area Pantai Chenang. Hidup tol malam kat sini even bukan cuti skolah pun. Sure warga2 Langkawi ni da lali tgk montot & nenen minah2 saleh kat sini. Kalo tak penah g oversea pun takpe. Kat sini pun da trase cam kat oversea. Haha.

Pantai Chenang yg best giler..

relax and peace..

Malam ni, malam yg tak berape baik tuk perut kitowang. Sbb, da tesalah masuk restaurant. Kitowang ke Restoran Hj. Ram**. Memasing tgh kebulur nasi & kitowang just order menu biasa. Nasi putih, udang 4 ekor, telur bungkus (actually, yg dibungkusnya ialah pelbagai jenis bawang besar), kerabu, air milo & jus oren, RM37. Mahal giler tp tak sedap. Tu yg wat ku sakit hati. Reject!!! Sambung balik jenjalan tepi pantai. Mmg syok sambil dengar live band tepi2 tu. Tuk fisrt nite kat sini, ku mmg takleh tdo. Time2 camni lak teringat cite2 Misteri Nusantara, Keliwon & sebagainya. Hadoi. Kejap2 tejage. Kejap2 ku col & msg Cipong. Cian die kene kacau. Hee. Last2 tetdo gak. Zzzz.


malam nan indah..

activity wajib kalo kat pantai..

Info 1 : Bab kete, tak payah risau, mmg belambak dah ade kat sane. Yg penting kene bargain coz kalo nak ikutkan harge sume lebih kurang tapi kete yg dowang provide tu lain2. Tak payah nak google2 coz kalo nak tau, harganye lg mahal dr ambik terus kat airport.

Info 2 : Biasenye check in kol 0300pm, last minute trip tak payah risau. Coz byk giler motel kat situ. Kalo sampai awal, leh pusing2 dulu & pilih. Kalo tak sempat pusing, agent kat airport ramai yg leh dapatkan motel. Jgn risau bab harge. Agent takkan mark up. Harge sama even walk in pun. So, juz pilih ikut rate memasing. Tapi lagi bagus kalo book awal2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers