Pages

Tuesday, November 30, 2010

Taknak nasi jadi bubur

Keadaan tak boleh terima hakikat

Menyesal plak rasanya bila ku tinggalkan habit lama. Dulu, tiap2 kali ku dapat contact number sape2 je, mesti ku tulis dalam buku. Sebab takut takde back up lain andai kata terjadi pape kat handphone ku yang satu ni.

Bila makin banyak contact yang ku dapat, makin malas nak menulis. Ku tinggalkan je terus buku tu. Save je sume contact dalam handphone. Papehal pun, sume letak dalam handphone.

Jangan sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan pagi2 subuh. Argghhhh. End up, benda yang tak disangka-sangka jadi. Tiba-tiba handphone ku rosak. Tiba-tiba tak leh nak on.

Skang handphone tu tengah dikuarantinkan. Dah anta kedai for repair tapi bila tokei kedai cakap kena reformat the software, tak jadi nak repair. Bawak balik handphone tu. En.tunang cakap biar dia try godek dulu. Tah la. Sedih lak rasa.

Handphone rosak leh repair. My contact pe cer?? Tolonggggg lahhhh..ku da nak kawen. Banyak benda yang ku saved dalam tu. Banyak benda yang nak ku kene follow up. Reminder, dateline. Wuaaaaa. Sedeyyyyyyyyyyyyyy..tolong laaa..wahai KEAJAIBAN..rawatlah handphone ku yang murah tapi amat bermakne ni. Please Please Please!!!!!

Monday, November 29, 2010

Sweet Oren

- Oni with husband -


27 November 2010 - Attended Oni's wedding, Dewan Seri Keramat.

Congrates dear. Moga u all kekal bahgia hingga akhir hayat.

Amin.

Friday, November 26, 2010

Panggilan Tengit


Tiap-tiap hari nak pegi keje, mesti ku dengar HOT FM. Dari kol 840-900 mesti ku tanak telepas dengar HOT. Semata-mata nak dengar panggilan hangit yang tersangat cibai mengenakan orang. Tambah-tambah lagi, si AG ngan FBI. Bapak la kelakarnya. Beriye-riye ku gelak dalam kete sowang2. Mamat 2 orang ni memang bekeje keras nak mengenakan orang. Kalo si Fafau tu plak, OK gak la. Biasa2 je. Mampu wat ku tersenyum je. Tak lebih dari tu. Hihihi.

Ku tak lupa watak si FBI jadi gangster and watak AG jadi Fifi. Hahahaha. Sape-sape yang pernah dengar, mesti tau. Memang klakar la. Terhibur tol ase (gembire betul ku ye). Dulu masa Allahyarham Din Beramboi hidup, time-time nak pegi keje ni, ku slalu dengar ERA. Sebab ku nak dengar DRAMA SEBABAK. Ku ketepikan panggilan hangit.

Tapi...

Semenjak arwah dah takde, ku memang langsung tak dengar ERA dah. Skang ni, segment DRAMA SEBABAK da ganti ngan sengment CAN i HELP U? Kalo nak tau, ku tersangat jijik plus jelik ngan segment ni. Motif ERA : Mari belajar bahasa inggeris dengan cara yang ringan. Ku penah la gak dengar 1-2 kali. Tapi, sampai skang ku tercarik2 tang mana motif beliau?? Macam memperbodohkan orang lagi de la. Lagi orang tu bengong english, lagi la DJ2 tu suka. Pastu gelak2. Motif?? Meluat.

Dulu ku suke combination JAWA RANGERS. Memang best giler si AG and KIRAN. Tapi tak tau pehal HOT ni menggelabah sangat pegi bubarkan. Pastu wat combination yang tah pape. Bagi ku, sangat2 rugi. Kan bagus kalo jadi cam Hitz. JJ and Rudy. Maintain je. Uish, sungguh ambik berat ku kat DJ2 ni. Heheh.

Sebenarnya, ku memang suka dengar radio. Tapi tak penah fix ngan 1 station. Ku slalu tukar2. Janji layan lagu. Bukan layan iklan.

Baju kecil : Lain telinga, lain rasa. Time2 lunch, layan MIX pun OK.

Thursday, November 25, 2010

Derita Merindu

Pesal la dalam seminggu ni, banyak sangat benda yg pedih lagi derita ku kene tanggung ni.

From last sabtu, ku dah derita menanggung ulser dalam mulut. Betul2 kat tang urat gigi ku die menyinggah. Siap bebaris lagi wat 3 barisan. Sume ni gara-gara telalu besungguh mase gosok gigi. Menggigil lutut masa mula-mula kena tu.

Serius trauma!!! Bengkak. Jadi sexy la mulut ni di watnya. Hahaha. Sampai la ke arini, still tak baik-baik lagi. Bonjela??? Eeee benciiiiii nak pakai. Pedih. Tapi terpaksa.

Agak2 mulut da nak ok, satu lagi kejadian pedih yang ku takleh nak terima. Start petang tadi, ku terasa macam ada benda tebal dalam hidung ni. Macam de longgokan baja. Mustahil tapi de kemungkinan.

Bila jari tengah kusyuk mengorek wat siasatan selanjutnya, tetiba de rasa pedih. Kompem!!! Jerawat. Eeeee nape jauh sangat parking. Serius jauh. Tenggelam gak satu inci jari nak sampai destinasi. Nak picit pun susah. Nak letak cream pe tah lagi.

Pasrah.

Wednesday, November 24, 2010

Susahnye nak pasang "NEKAD" yang satu ni

Nak KURUS!! Nape la nekad ku yang satu ni payah sangat nak menjadi ni. Hari2 ku pasang niat nak mengecikkan tang itu and tang ini. Asal tengok cermin je, mula aa benekad dengan sungguhnya. Konon taknak makan banyak. Konon itu. Konon ini. Sampai kan member and en.tunang pun cakap,

"Bukan dari taun lepas ke ko nak diet??"

Hahaha..memang dari taun lepas. Dan taun2 yg sebelumnya. Eeeee. Macam2 dah ku wat. Beli oat, last2 buang sebab tak lalu nak telan. Beli Fitness corn sampai 2-3 jenis, bila da makan, tak lalu plak nak makan ari-ari. Beli tali tuk skipping, 1-2 ari je ku layan. Nak joging, takde geng a plak nak teman. Bila kuar, pantang plak nampak kedai makan, cepat je ku ngajak owg makan. Try makanan tu, try makanan ni.

Eeee sakit hatinye. Ade2 je. Tu yang payah sangat tu. Satu je yang ku leh wat, tak makan malam. Tu pun sebab memang takde selera. Bukan sebab control. Ku pun da naik hafal tips2 diet yang de kat tenet ni.

Arghhhh. T.E.N.S.I.O.N.N.N.N.N..

Dah 8 bulan ku tak exercise. Sonok nampaknye lemak2 ni betapa dalam badan ku. Sape nak teman ku g joging?? JOMMM!!!

Wednesday, November 10, 2010

Congratulations

Assalamualaikummmmmmmmmmmm....
Tiba2 aku mencurik tulang kejap sebab nak mengarang punya pasal. Sebab kat opis ni takde orang. So, ku nak meluahkan perasaan yang tengah membuak2 ni. Haha.

Today, result UPSR dah kuar. Congrates to korang2 yang dapat good results. Yang tak bape nak cemerlang, takpe. Usaha lagi. Sape suh ko malas. Kat opis ni pun, da sebok becite pasal anak memasing yang ambik UPSR. Bukan anak je yang nervous, ngan mak2 nye skali nervous. Tadi ku dengar my boss cakap, anak member dia menangis2 sebab frust dapat 6A 1 C. Hah?? Tiba2 ku terpikir, kalo aku la yang dapat result camtu, mesti ku da melompat sampai awan agaknya. Takpun, mintak kat ayah ku duit. 1A = RM100. Setakat 1C tu, ape de hal. Hahaha. Tapi tu kalo aku yg pemalas ni. Maybe lain ngan anak member dia yang dah memang cerdik pandai tu.

Same gak la ngan opismate ku, Kelly. Today dia ambik half day leave coz nak temankan anak dia ambik result. Tadi dia col inform anak dia dapat full A, 7A. Pergh. Tabik ku kat budak2 skang ni. Cume bezanya anak melayu ngan anak cina ni, anak melayu ni terlebih manja. Baru dapat 3A, dah mintak motor. Tak pun, mak ayah dia da wat berita tergempar satu kampung.
Beza ngan anak cina. Dowang study beriya2. Tengah makan pun leh tengok buku. Dapat 7A pun, mak ayah tak bagi pape pun. Mission nak dapat A sebab nak dapat scholarship. Bukan nak dapat handphone, motor or pape jelah. Tapi tu surrounding ku la. Tah2 owg len same je kot. Apo-apo jelah.

And nak cite pasal ku plak. Congrates to my self also. Punya lah aku mengharap bagai nak rak, finally Allah murahkan rezeki ku and i got it. Alhamdulillah sangattttttttttt. Tersangat2 lah hepi when i received the call yang ku tunggu selama 2 weeks ni. Mood??? Giler kau tak hepi.

Tak terkata.

Monday, November 1, 2010

My Day - Part 9 : Walimatul Urus

Semalam, on the way nak g kenduri kat Kuala Selangor, ku singgah jap kat Sec 7 Shah Alam to collect my wedding card. Tq to Kadkahwinceria yang da berjaya menceriakan card aku.

Hasilnya?? Memang ku puas hati. Bila ku dah korek buang korek buang corak2 yang sepatutnya, akhirnya wujud laa satu card yang simple dan tersangat lah murahhhhhhhh. Nak tau harga..kene deal sendiri ngan tokei2 nya yang still muda and kreatif tu. Tah2 ngan ku je die nak bagi murah. Ngan korang ku tak tau. Huhuhu.

Google ler yang mempertemukan ku ngan dowang ni. Bab nak wat card ni, kitowang juz contact by phone and email saje. Skali je kitowang bejumpa sebab ku nak tengok jenis2 card ni. Kalo takat nak tengok sample kat blog and baca nama2 card tu, sampai sudah ku takkan paham. Bila da tengok and pegang sendiri, baru la ku tau. Baru la puas hati. Lagi sket je ku nak jadi experter bab2 card ni. Heee.

Sebenarnya, dalam seronok ku tengok card tu, ku lagi seronok tengok bila tokei2 card yang muda2 ni dah wat bisnes. Ku dapat bayangkan yang life dowang tu bz 24 jam tuk wat duit. Uish beshnye kalo ku camtu. Tapi kalo nak ikutkan, bukan tak leh wat. Sume owg leh wat kalo nak. Cuma, manusia macam ku ni kadang2, kaya sangat ngan alasan. De je yang takleh. Padahal malas!!!! Bak kata bos ku, If u Want it, U can get it.

Bila dengar je ayat2 camtu, mula aa rasa terbakar nak wat macam2. Sampai tertidur la memikir. Tapi bila bangun je tido, dah lupa balik dah. Camno??? Huhu. Takpe2. InsyaAllah satu hari nanti. Doa jela ye. Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers