Pages

Wednesday, November 24, 2010

Susahnye nak pasang "NEKAD" yang satu ni

Nak KURUS!! Nape la nekad ku yang satu ni payah sangat nak menjadi ni. Hari2 ku pasang niat nak mengecikkan tang itu and tang ini. Asal tengok cermin je, mula aa benekad dengan sungguhnya. Konon taknak makan banyak. Konon itu. Konon ini. Sampai kan member and en.tunang pun cakap,

"Bukan dari taun lepas ke ko nak diet??"

Hahaha..memang dari taun lepas. Dan taun2 yg sebelumnya. Eeeee. Macam2 dah ku wat. Beli oat, last2 buang sebab tak lalu nak telan. Beli Fitness corn sampai 2-3 jenis, bila da makan, tak lalu plak nak makan ari-ari. Beli tali tuk skipping, 1-2 ari je ku layan. Nak joging, takde geng a plak nak teman. Bila kuar, pantang plak nampak kedai makan, cepat je ku ngajak owg makan. Try makanan tu, try makanan ni.

Eeee sakit hatinye. Ade2 je. Tu yang payah sangat tu. Satu je yang ku leh wat, tak makan malam. Tu pun sebab memang takde selera. Bukan sebab control. Ku pun da naik hafal tips2 diet yang de kat tenet ni.

Arghhhh. T.E.N.S.I.O.N.N.N.N.N..

Dah 8 bulan ku tak exercise. Sonok nampaknye lemak2 ni betapa dalam badan ku. Sape nak teman ku g joging?? JOMMM!!!

Wednesday, November 10, 2010

Congratulations

Assalamualaikummmmmmmmmmmm....
Tiba2 aku mencurik tulang kejap sebab nak mengarang punya pasal. Sebab kat opis ni takde orang. So, ku nak meluahkan perasaan yang tengah membuak2 ni. Haha.

Today, result UPSR dah kuar. Congrates to korang2 yang dapat good results. Yang tak bape nak cemerlang, takpe. Usaha lagi. Sape suh ko malas. Kat opis ni pun, da sebok becite pasal anak memasing yang ambik UPSR. Bukan anak je yang nervous, ngan mak2 nye skali nervous. Tadi ku dengar my boss cakap, anak member dia menangis2 sebab frust dapat 6A 1 C. Hah?? Tiba2 ku terpikir, kalo aku la yang dapat result camtu, mesti ku da melompat sampai awan agaknya. Takpun, mintak kat ayah ku duit. 1A = RM100. Setakat 1C tu, ape de hal. Hahaha. Tapi tu kalo aku yg pemalas ni. Maybe lain ngan anak member dia yang dah memang cerdik pandai tu.

Same gak la ngan opismate ku, Kelly. Today dia ambik half day leave coz nak temankan anak dia ambik result. Tadi dia col inform anak dia dapat full A, 7A. Pergh. Tabik ku kat budak2 skang ni. Cume bezanya anak melayu ngan anak cina ni, anak melayu ni terlebih manja. Baru dapat 3A, dah mintak motor. Tak pun, mak ayah dia da wat berita tergempar satu kampung.
Beza ngan anak cina. Dowang study beriya2. Tengah makan pun leh tengok buku. Dapat 7A pun, mak ayah tak bagi pape pun. Mission nak dapat A sebab nak dapat scholarship. Bukan nak dapat handphone, motor or pape jelah. Tapi tu surrounding ku la. Tah2 owg len same je kot. Apo-apo jelah.

And nak cite pasal ku plak. Congrates to my self also. Punya lah aku mengharap bagai nak rak, finally Allah murahkan rezeki ku and i got it. Alhamdulillah sangattttttttttt. Tersangat2 lah hepi when i received the call yang ku tunggu selama 2 weeks ni. Mood??? Giler kau tak hepi.

Tak terkata.

Monday, November 1, 2010

My Day - Part 9 : Walimatul Urus

Semalam, on the way nak g kenduri kat Kuala Selangor, ku singgah jap kat Sec 7 Shah Alam to collect my wedding card. Tq to Kadkahwinceria yang da berjaya menceriakan card aku.

Hasilnya?? Memang ku puas hati. Bila ku dah korek buang korek buang corak2 yang sepatutnya, akhirnya wujud laa satu card yang simple dan tersangat lah murahhhhhhhh. Nak tau harga..kene deal sendiri ngan tokei2 nya yang still muda and kreatif tu. Tah2 ngan ku je die nak bagi murah. Ngan korang ku tak tau. Huhuhu.

Google ler yang mempertemukan ku ngan dowang ni. Bab nak wat card ni, kitowang juz contact by phone and email saje. Skali je kitowang bejumpa sebab ku nak tengok jenis2 card ni. Kalo takat nak tengok sample kat blog and baca nama2 card tu, sampai sudah ku takkan paham. Bila da tengok and pegang sendiri, baru la ku tau. Baru la puas hati. Lagi sket je ku nak jadi experter bab2 card ni. Heee.

Sebenarnya, dalam seronok ku tengok card tu, ku lagi seronok tengok bila tokei2 card yang muda2 ni dah wat bisnes. Ku dapat bayangkan yang life dowang tu bz 24 jam tuk wat duit. Uish beshnye kalo ku camtu. Tapi kalo nak ikutkan, bukan tak leh wat. Sume owg leh wat kalo nak. Cuma, manusia macam ku ni kadang2, kaya sangat ngan alasan. De je yang takleh. Padahal malas!!!! Bak kata bos ku, If u Want it, U can get it.

Bila dengar je ayat2 camtu, mula aa rasa terbakar nak wat macam2. Sampai tertidur la memikir. Tapi bila bangun je tido, dah lupa balik dah. Camno??? Huhu. Takpe2. InsyaAllah satu hari nanti. Doa jela ye. Amin....

Thursday, October 28, 2010

Jarum Berlian

Liatnye ku nak bangun pagi tadi. Mane tak nye, malam tadi ku tido kol 12.30pm (bagi ku da tersangat lewat kalo soknye ku kene bangun awal ok..hee) gara-gara melayan baby yeyen yang makin ari makin membesar dengan nakalnya. Today ku on leave. Sebab ku nak g wat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

Konon nak melarikan diri dari beramai2 kat Klinik Seri Kembangan tu, so ku g la kat Klinik Puchong tapi bila ku sampai sana dalam kol 9 lebih, nak cari parking pun kene 3 kali pusing. Punya lah ramai. Macam de wat sales 99% je kat klinik ni.

My turn no. is 2163. Tapi no yang tengah melalak skang ni is 2081. Mak ai, sampai ku rasa tergamak nak kira manusia yg ada kat dalam tu. Tengok jam baru 9.26am. Cipong kate, mau kol 12 baru siap. Aloooo. Bukan ku tak leh nak sabar tapi ku de hal len. So ku takleh tunggu lame2. Kol 10.28am turn ku plak . Ni baru nak wat registration ok. Lom wat pape lagi. Sampai je kat kaunter, de la sowang pakcik ni yang serve aku. Tiba2, ku rasa berbaloi tunggu lama bila ade owg yg serve ku begitu skali. Senyum, cakap lembut2, ku tanya banyak kali dia still jawap ngan muka yg penuh iman. Uish. Sangat sangat sangat sangat jarang nak jumpa customer service yang camtu ye. Slalunye ku jumpa customer service berlipstic merah pekat yg kadang2 tersasar dari landasan bibir, muka ketat macam takut foundation cair, and jawap pun macam nak taknak je. Tu pasal pagi tadi ku rasa macam teruja ngan service pakcik tu. Tiba2 ku rasa lembut hati nak menunggu lagi. Heee.

Mula2 ingatkan nak menunggu lagi sejam tp tak sampai setengah jam, dowang da col my name. Say my name. Say my name. Sampai kat dalam bilik tu de sowang abg yg agak kemas muka dia pegang tangan ku and pesan,

"Takde cucuk yang tak menyakitkan."

Secara automatiknya, ku suh die lepaskan tangan ku and bagi ku relax kejap. Bila ku wat camtu, da sume owg plak pay attention kat ku. Lagi lah betambah sejuk kaki tangan ku. (Padahal nak ambik darah je pun..hahah). Ni da masuk kali ke-2 ku wat cek darah. So, de la beberape kerat nurse yang pujuk ku suh pandang dia la, suh ku pandang dinding la. Tujuan, jangan bagi ku tengok rupa paras jarum. Hee. Tiba2, PAPPP and tindakan reflect ku menjerit MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. Sume gelak sambil tanya, ha mane mak? mane mak?.

Eeeee...serius ku takut. Pesal tah. Memang dari dulu ku takut kalo benda2 bekaitan ngan cucuk mencucuk ni. Bila da ambik darah, ku kene tunggu lagi. Tak sampai 15mins, result da kuar. Hazira, tahniah, kandungan anda da mencecah 2 bulan. Hahaha. Bukan. Tu statement tipu. Yang betulnye, Hazira, result HIV awak tidak reaktif. Time tu la first time ku rasa camne perasaan bila doctor sendiri gtau result kat kita. Camne la agaknya perasaan owg len yg tunggu result anak kene operate la, tu la, ni la. Bedebar. Nauzubillah.

Setel dah lagi satu hal. Alhamdulillah. Tapi serius tak sangka, even ramai dalam klinik tu, ku leh siap benda ni tak sampai 2 jam. Agak pantas mereka bekerja ya. Bagus. Tak membuang masa ku. Memang ku puji la the way staff2 kat sana treat people. Beza sangat ngan klinik2 lain yg ku pernah pegi. Kat klinik Puchong ni ku suka. Sangat suka. Kekalkan prestasi kerja anda ye!!

Saturday, October 16, 2010

My Day - Part 8 : At 80 percent

Dari kol 10 pagi tadi sampai la kol 830 malam ni, ku g soping barang2 keperluan kawin ku nanti. Mak giler excited dapat langsir peberet die kat Jakel tadi. But ku lagi excited bila benda2 kecik like bunga pahar, bunga manggar and clip for penanggah da beli awal2.

Since big2 thing like baju, photographer, make up, canopy tu sume, so juz tinggal nak double confirm and follow up je ngan mereka2 yg terlibat tuk wedding ku nanti.

Yeye. Alhamdullillah 80% da setel.

1 je yang tak wat lagi------ D.I.E.T!!!! Bila nak start ni?? Huhuhu

Saturday, October 9, 2010

Dari hati ke hati

Tengah2 takde keje ni...dengan jujurnya aku menjawab soalan...

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

Benda kan?? Duit..ada duit, sume aku leh dapat. Beshnyeeee

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

Kotex

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

Tepi pantai...tema ala2 Garden

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Yup

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Sehingga akhir hayat

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

Dimana2 saje

7. Novel/ buku/ majalah yang terakhir korang beli?

Ku suka baca novel tp majority pinjam je. Haha. Last bahan bacaan yg ku beli is Majalah Pengantin

8. Apakah nama penuh korang?

Dot dot dot..


9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Dah tentu mak..telebih mesra. macam member2 je


10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang

My coming baby kot?? ahahhaah...honestly, takde pun

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Yup. Selalunya, baju mane yang ku sayang, for sure hand wash termasuklah baju kecik. Sayang wooo renda2. Baju yang kurang kasih sayang, sumenya akan ku campak saje dalam washing machine

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

Mekah and Paris. One sweet day. InsyaAllah. Amin

Wednesday, October 6, 2010

Kembali Bersama

Hai..selamat malam blog yang dah lame aku tinggalkan.

Tak tau nape takde mood nak menulis.

Sampaikan ku lupa password blog sendiri. Haha

Ayie, Ko da sampai Kapit, Sarawak. Selamat Berjuang!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers