Pages

Friday, October 19, 2012

King Bed


Bila aku jumpa pic kat bawah ni, aku terus gelak and hangguk kepala laju-laju tanda setuju. Hahahah.




Cuma nasib baik aku ni jenis tidur mati, so berhimpit macam mana pun aku tetap tidur. Hihihi. Kadang-kadang bila dah bangun tidur, baru la terasa sakit satu badan. Haih la, anak..anak. Cuma kami tak pernah lagi mengalami macam pic no.5 tu. Tu lagi melampau. Hahahaaaaha.
 

Friday, October 12, 2012

Lindungi anakku Ya Allah


Jam 4.25am

Aku sempat terlelap dalam 2 jam. Kalau nak dikutkan, nak tidur pun tak lalu dah. Takut. Risau. Semua ada. Aku takut nak tinggalkan anak aku keseorangan.

Kejadian pada pukul 9.00pm tadi memang aku takkan lupa. Masa ni family aku sibuk berkumpul tengok perlawanan bola antara Selangor dan Kelantan. Yang aku pulak, tengah baru nk makan dengan Cipong, Ayie and Eca.

Tak sampai pun 5 suap, tiba-tiba aku dengar Qaiser menangis. Kali ni aku tengok cara dia nangis, lain macam. Aku pun apalagi, cepat-cepat bawak dia ke bilik lain nak bukak baju dan seluar dia. Waktu ni aku memang terpikir kot-kot ada binatang bisa yang gigit dia. Tak sempat aku nak bukak baju dia, aku tengok Qaiser dah makin lembik.

Aku pun dah menggigil satu badan. Rasa badan ni dah lemah bila tengok anak macam dah tak bermaya. Ya tuhannn...aku takut melalui perasaan ni. Bila tengok Qaiser tiba-tiba diam dan tak respon bila kami panggil, aku jadi makin panik. Yup, im super duper panic last night. Aku dah terduduk. Kaki ni macam dah tak pijak bumi. Airmata tak payah cakaplah.

Kami bawak pergi klinik. Dalam hati hanya Allah je yang tahu betapa risau dan takutnya aku. I dont know how to describe. But this is the first time aku rasa perasaan ni cemas gila, worse, eee tah la. Tak tau nak cakap. Perasaan yang aku rasa worse sangat selama 27 tahun aku hidup.

Sampai klinik, kami diminta refer ke hospital. We drove to DEMC. Sampai hospital, Qaiser muntah pulak. Ya tuhan, mohon Kau lindungkan anakku. Cepat-cepat bawak die jumpa doctor and kami just duduk sana dalam masa satu jam untuk monitor keadaan dia. Slowly Qaiser da tunjuk respon positif.

Alhamdulillah. Now dah 5.00am. InsyaAllah all will be fine. Mommy doakan anak mommy akan sihat cepat. Mommy takkan bagi lagi binatang gigit anak mommy lagi. Jangankan gigit, lalu sebelah pum mommy takkan bagi can.

Ya Allah sungguh hebat kuasaMu. Kau menganugerahkan satu perasaan yang luarbiasa antara ibu dan anaknya. Sehinggakan perasaan itu sukar digambarkan. Aku tak tau macam mana nak bagitau yang betapa aku sayangnya pada Qaiser. AllahuAkbar.

p/s : today 12.10.2012, genaplah sayangku berumur 7 bulan. Alhamdulillah.

Friday, October 5, 2012

Homemade Solid Food


Qaiser dah 6 bulan lebih. Dah sampai fasa untuk dia rasa makanan lain selain daripada makanan terbaik didunia - susu mommy iye yang sedap ni.

Actually Qaiser dah start makan masa umur dia 5 bulan lebih. 





Makan apa, apa yang boleh dia makan, semua aku google. Rajinkan? Hahha. Alah..google je pun. Bukan kena angkat tong gas pun kan. 

Ok, memula nak bagi dia feel makan, im prepared for him manggo puree. First time aku bagi, perghh. Jakun giler sampai menjerit-jerit. Suka betul dia. Alhamdulillah.

Aku pun naik syok lah nak buat macam-macam jenis puree - manggo, apple, chicken, kismis, kurma, bayam merah, baby carrot, potato, ikan merah, ikan tenggiri.Yang pasti, aku cuba elakkan salt dalam makanan dia. So pandai-pandai aku lah nak mix and match kan puree tu bagi sedap and ada rasa. But till today he still eat puree. Yelah, baru 6 bulan kan. Kang kalau aku bagi nasi impit, tercekik pulok.




So, before aku pergi kerja aku akan makesure masakkan lauk untuk suami. Eh bukan. Untuk anak je. Hahahaha. Bak kata Pija, "Ibu mithali dah jadi dah, Isteri mithali je belom lagi". Hahahah. Sabaaaa naaa.


Luv u so much my baby..


Saturday, August 25, 2012

What U did Last Raya?

Sambutan hari raya tahun ni - sangat beronok.

Tahun ni turn beraya kat rumah aku. Dan paling seronok tahun ni adik beradik aku semua ada.

Syawal 1 - balik kampung nanny
Syawal 2 - at Simpang Pulai & Gopeng
Syawal 3 - My pakciks & makciks datang rumah
Syawal 4 - Bawa my family beraya at Sabak Bernam
Syawal 5 - At Teluk Intan & Bagan Datoh, rumah opah Cipong
Syawal 6 - Beraya area Sungai Besar
Syawal 7 - Beraya at rumah my sis in law, Shah Alam
Syawal 8 - Today? Akan ke rumah makteh at Gombak

See? Beraya sakan aku. Non stop mak .Hehehe. Excited pulak aku nak beraya kesana sini.Ajak jela nak pergi mana, kalau takde hal kompem aku pergi. Seronok bawa my lil boy beraya. Tapi aku tak puas lagi makan nasi impit - kuih almond london - kuih tart. Tak jumpa lagi yang sedap. Kecuali almond london along & eca yang sangat sedap tu okeh. Sangat. Sangat.

Syawal 9 - Kerja? Oooohhhhh Ahhhh ermmmm....



Our 2012 theme : Turqouise


Monday, August 13, 2012

Syawal is coming!!

raya datang lagi.

yang bestnye tahun ni beranak pinak lagi ahli rambo's family. especially my cutest lil boy yang akan bekerja keras raya ni untuk collect duit raya sebanyak mungkin. makesure salam semua orang tau dadat. hihihi. 

yang bertambah bestnye lagi - bonus raya. yeayyy!! alhamdulillah bonus sebulan gaji. boleg lah belanja mereka baju raya.

yang tak bestnye - persiapan raya aku tahun ni hancur. tak buay pape pun lagi. minggu lepas baru beli kain dan malam tadi je aku baru hantar kat tailor setelah tailor peberet polare polare aku reject. tak sanggup nak jahit dah katanya. baju cipong pun tak cari lagi ni. raya dah tinggal hujung jari je ni.

lagi tak best - aku tak dapat nak begaya sakan dengan pesen pesen baju 2012. gituuu. hehehe. aku kena pikir baju apa yang menyenagkan aku tuk brestfeed my lil boy. so my tailor suggested baju kurung modeb longgat. dart gitu..gini...katanya. aku hanggukkan aje. takpela...demi mu sayang...hihi

apa yang da setel - kuih raya jela kot? hihi

apa yang lom setel - baju untuk ayah, kasut mak, kasut aku, dadat, baju dadat, tudung aku. eh banyaknya!!! hahahha. nak raya ke tak aku ni?

tak mau pikir lah.

selamat hari rayaaaaa!!! wehoooooo

Friday, July 20, 2012

Susu Oh Susu!!!

Alhamdulillah. Bertemu lagi di bulan Ramadhan 2012. Selamat menjalani ibadah puasa.

Malam tadi aku tak pergi pun terawih sebab nak jaga my mucuk. Selamat ada geng, pija osix setia menemani aku yang kebulur. So, moh pi Mcd. Layan ayam dengan yeyen.

Susu. Aku masih supply susu badan pada Dadat. Khamis lepas emosi aku agak terganggu sikit bila tengok stock susu left 7 botol je. Auchhh. Tak boleh jadi. Achanerrr tu Johan.... Average Dadat akan minum 5 botol per day. Aku pulak just pump 4 botol per day. Oh noo no...ini dalam bahayaaaa. Wonderpet datang membantu.....

Aku mula tak sedap hati. Dah la nak puasa, aku punya stock makin susut. Tak boleh jadi. Aku pun start mengoogle segala jenis petua nak banyakkan susu badan. Macam-macam aku jumpa. Tapi apa yang aku amalkan just - eveyday wajib minum ho ho ho Horlicks + Kurma + Mineral water. Rajin tu penting ye nok. Selebihnya berdoa. 

Hasilnya ya Alhamdulillah, aku dapat topup balik my stock, walaupun tak banyak mana pun tapi OK la dari takde langsung kan. Bila teringat zaman berpantang dulu, rasa rugi besar giler. Kalau tadah boleh jadi swimming pool. Dah boleh bersenang lenang. 





Hah ni dia..stock Dadat yang latest. Celah gig je ni kalau nak banding dengan storekeeper lain. Hehe. Dont worry sayang. Mommy akan jadi super duper breast pumper lepas ni to ensure sayang mommy ni akan dapat nenen yang cedap ni. Ite cube yee...hee


p/s : Mision : Pump 6-7 botol per day.

Friday, May 11, 2012

I am 2months old


Selamat pagi...

Eeh..masa mula-mula bukak blog tadi, aku ingat dah tersilap masuk tempat, rupanya sudah tukar ka sekarang?? Ketinggalan...Hihihi

12.5.12 - My hero dah berusia 2 bulan. Alhamdulillah, dah besar tote mommy ni. Hehehe.

Malam tadi aku bawak baby pergi inject dengan Dr Ah Ah Ahmadddd....at DEMC. Macam bulan lepas jugak, aku dah agak kompem dia nangis sebab tidurnya diganggu. Time tengah sedap tidur lah Dr nak inject ye sayang. Bulan ni emosi aku agak terkawal sikit sebab hati aku dah kuat sikit nak dengar dia menjerit. Tak macam bulan lepas, belum sempat baby nak menjerit, aku dah nangis dulu. Mcam montot aku pulak yang kene inject. Hahahah.

My hero growing up :

1 month : Weight 4.4kg and Height 54cm



2 months : Weight 5.5kg and Height 57cm



Alhamdulilah, till today aku still give him BM a.k.a breastmilk. (hamboihhhh...sejak baca susu.com, macam2 sotpom aku dapat...hahah). Actually aku ada tried feed baby dengan FM a.k.a formula milk (nak jugak...hee) but he refused, nangis-nangis taknak. Aku just tried Anmum and Frisolac. Memula memang berniat nak fully breastfeed tapi bila aku dengar cerita kengkawan pasal kekeringan air tetek dengan tiba-tiba, so benda tu buat aku terpikir untuk campur. So, untuk preparation kononnya better aku ajar dia awal-awal. Dah nama pun kurang ilmu, rupanya ada banyak cara camna nak banyakkan BM ni. Eh aku macam dah lari tajuk ni. 

Lain-lain kalilah aku buat entry BM vs FM nih. Gituuuuu. Hahaha. Back to my hero. Lagi dua hari aku nak kerja dah. Alhamdulillah coz mak aku masih sihat and offer nak jaga baby.  Sangat-sangat besyukur and aku pun dah berkali-kali tanya mak aku sama ada dia larat ke tak. Yelah, aku pun kesiankan dia jugak tapi ini untuk sementara je. When baby is 6 months camtu, baru kami confident to send him kat nursery. Kasi besar sikit dulu. Kalau tak, seminggu sekali la mommy and daddy dapat jumpa baby coz we decided untuk hantar baby ke rumah MIL. :(

My hero progress :

  • Pandai dah nak sengih-sengih bila kita main dengan dia. Dah pandai jugak nak sembang. Oh bahgiaaanyaa mommy sayang. 
  • Dulu kalau salin pampers, mesti nak kena nangis but now, senyap je. Lagi suka dia kalau orang massage2 kan montot iye tu. 
  • Sangat suka mandi. Kalau dah habis mandi, mesti nak nangis kejap. Nak berendam lama ye??
  • Sekarang dah tidur dalam buai. Lena tidur.....
  • Baju pun dah banyak yang tak muat. Pasni kita ajak daddy soping baju ye..
  • Suka tidur bawah ketiak ibu. Citttt...
  • Kentut macam machine gun. Mahal hokeh??
Setakat ni mommy rasa senang sangat nak jaga kamu. Pagi tidur, petang main, malam tidur. Tak banyak ragam. Alhamdulillah. Hope mommy senang nak jaga sampai besar. Kalau nakal gak, siap kau makan ibu jari kaki mommy. Okeh!!! 

Cepat besar ye my sayang. Nanti boleh main dengan Abang Yen yang haru tu. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers