Pages

Saturday, December 10, 2011

Baby - 6 months old

Sekarang baby aku dah masuk 6 bulan lebih.

Kejap je aku rasa. Tak sabar nak keluarkan dia. Hehehe.

Baby pun dah menendang and tendangan dia buat aku berhenti buat keje sebab nak tengok perut. Hehe.

Alhamdulillah so far, baby sehat macam mummy dia yang makin sehat dan membesar. Hahaha.

Dari 45kg to 48kg and now dah 53kg.

And baby plak dah 600gram. Alolorrrr.


Monday, December 5, 2011

Key Performance Indicator





Petang tadi tengah aku kusyuk buat keje, tiba-tiba bos aku panggil masuk bilik dia.

Rupanya sebab dia nak tunjuk kat aku result for my performance.

Atoiyai, malunya pun nak dengar. Hikhik.

Malu kot-kot selama aku bajet bagus buat kerja ni, rupanya tak memuaskan hati dia ke..

Malu kot-kot bajet bagus aku tu berjaya mencuit hati dia ke..tak mau la puji depan-depan, maluuuu. huhuhu.

So, aku pun masuk bilik dia sambil buat muka blur.

Serius aku tak paham sebenarnya apa yang dia explainkan. Aku dengarkan aje. Nak je aku suruh dia terus bagitau je sama ada aku ni pekerja yang cemerlang ke? Gemilang ke? Terbilang ke? Hahahah.

Cite punya cite, dia pun cakap total markah aku = 3. Dalam hati terdetik gak, 3 tu banyak ke sikit? Nak tanya, malu..hee

Belum habis lagi rupanya. Baru page 1, page 2 ada lagi. Cite punya cite, lagi sekali dia cakap total markah aku =1.6.

“So, your total performance is 4.6. Now, look at the column where you are.”

4.0 – 5.0 = Excellent.

OMG!! Adakah bermakna aku akan dapat 4months bonus??? Hahhahaha. Berangan. Belum lagi beb. Final result tak keluar lagi. Bukan boss aku je yang decide. Ada lagi benda lain kena debate. Haih macam nak tunggu result exam aa plak. Takpelah, aku reda apa jua. Hee. Kalau ada rejeki tak kemana. Ya Allah, sekiranya itu yang terbaik buatku, Kau murahkan la rezeki hambaMu ini. Amin………..

Tunggguuuu……..

Tuesday, November 8, 2011

Takde Tajuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Eh..mane datang kerajinan menulis aku di malam hari ni. Mungkinkah sebab mood sedang gumbira? oh yes yes. hehhe. Seronoknya aku beraya kali ni even hari raya korban je pun sebab kat sini takdelah semeriah kat pantai timur. Biasa-biasa saje. Selamat hari raya semua!!

Korban apa tahun ni? Aku belum berkesempatan lagi nak buat ibadah korban untuk diri sendiri. Jujurnya, mind set aku ni macam dah setting yang hal tu akan diuruskan oleh mak ayah aku. Aku tak tau camne aku boleh terlupa yang sekarang ni ibadah itu dah jadi tanggungjawab aku sendiri. Ya ampunnn dasyatnya aku!!! Takpelah..Insyaallah ada rezeki nextyear,aku buat. Hehe.

So untuk raya ni, aku sempat korbankan wang ringgit je untuk kepuasan hati. Huhu. Dah lama aku tak bersoping sakan since kesihatan yang tak berapa nak mengijinkan. Even semalam masa aku soping pun perut aku meragam.

Tapi takpe. Aku puas hati. Atleast apa yang aku nak, semua aku dapat. Hilang rasa sakit aku sekejap. Hehe. Kebetulan hari ni aku extend cuti sampai esok. Berganda la senang dalam hati ni. Okeylah. Dah tak focus nak menulis. Nak tengok cinta elysa jap. :p

Friday, September 16, 2011

Cerita untuk hari ni


Puas giler rasa hari ini sebab dapat makan nasi lemak Gembira. Dah lama tak datang sini since aku moved from Section 4. Kedai dah makin cantik sikit tapi still sama macam dulu kena main cop tempat sebab orang memang ramai.

Pastu pergi pulak Jusco Bukit Raja nak belikan gift for baby Gebok, adik Cipong. Cute giler anak dia. Congrates to her and husband. Nexweek turn akak Cipong pulak. Lepas tu turn akak aku pulak. Perghh best2. Meriahnyaaa....Moga-moga semua selamat. Amin.


Mohammad Naufal Zikri


Aku sempat singgah MPH nak beli buku pasal pregnant. Nak info gitu. Dapatlah sebijik - Diari Kehamilan. Tengok front page je buat aku tertarik menarik nak beli. Sekali bukak content dia memang aku suka!! Pe lagi...beli lah.

Dalam buku ni, macam-macam ada - ada petua, doa, persediaan and paling best siap ada diary for pregnant week. RM26, berbaloi-baloi. Tak sabar nak baca and write down. Huhu.


Diari Hamil


Oh lupa pulak. Hari ni, Hari Malaysia. Happy Malaysia Day and I'm proud to be Malaysian.


Habis.


Sunday, August 14, 2011

Anugerah Allah : Part 1




Macam tak percaya.

Lastweek aku pergi buat check up my baby. Bila doc cakap, umur baby dah 2 months & 4 days, aku rasa nak peluk je doc tu. Hahah. Lagi 2 weeks, cukuplah 3 months. Masa scan, aku nk tengok la tapi gelabah punya pasal, aku kejung kat situ. Bila doc da print the result, baru aku nampak dia. Oh ya Allah, besarnya nikmat yang kau bagi kat aku. Kekalkan lah nimat ini selamanya. Alhamdulillah. Syukur..syukur..

Baru nampak kepala, aku asik nak tengok pic dia je. Heee.

Doa ku :

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Bonus Raya!!!

Yeayyy!!!!

Alhamdulillah...pagi yang sangatlah ceria.

On the way pergi kerja, dengar lagu raya. Hepi.

Dah sampai opis, dapat plak slip bonus raya. Perghh lagi lah hepi berganda-ganda nok.

Nih yang semangat nak soping sabtu ni.

Things to buy :

1. Baju raya - done 5 pasang. Tinggal nak beli lagi sepasang untuk raya pertama.
2. Kasut - for me and my mom
3. Perfume
4. Earing
5. What else? Takde idea lagi lah...nanti lah pikir.

Pastu nak bagi mak lanje sikit untuk raya ni. Kuih perlu ke aku beli?? Ermmm tak payah la kot.

Selamat hari raya....huhuuh hahahaa......ampun maaf dipinta........

Wah gembiranyaaaa............



Thursday, August 11, 2011

Jangan siakan nikmat M.A.K.A.N

Kalau dulu aku sibuk sangat nak berdiet, sekarang rasanya aku nak say NO to diet. Sebabnya, baru sekarang aku tahu betapa indahnya nikmat makan tu. Betapa ruginya kalau tahan perut semata-mata nak berdiet.

Sekarang ni, aku betul2 rasa macam Tuhan tarik nikmat makan aku. Apa yang aku makan, aku tak dapat nak rasa. Tah pahit, tah masam, tah sedap. Yang aku tahu, semua makanan tak rasa apa-apa. Paling teruk, tak sempat pun aku nak simpan sekejap makanan tu dalam perut, aku terpaksa buang balik.

Letak jela apa-apa jenis makanan depan aku. Semuanya tak berjaya nak mengusik nafsu makan aku. Semuanya buat aku rasa mual lagi ada. Tak payah letak, nak tengok gambar makanan pun aku tak lalu padahal dalam hati tu, Tuhan je yang tau. Sedih tau. Huhuhu.

Aku bukan nak merungut. Aku paham, keadaan aku ni disebabkan pembawakan manusia yang baru nak bernafas dalam perut aku ni. Cuma aku rasa, ni lah salah satu kejadian yang buat aku tersedar - SAY NO TO DIET. Diet tu merugikan. Rugi sangat. Orang lain makan sampai tertidur sebab terlampau kenyang, yang kita pulak tak boleh tidur sebab perut lapar tapi takde selera nak makan. Ohhhhh...sedih. Sedih. Sedih.

So, lepas ni. Aku takkan berdiet lagi. Aku nak makan apa je yang ada depan mata. Aku tak tau lah macam mana raya nanti. Dapat ke aku makan puas-puas lemang dengan rendang, nasi impit dengan kuah kacang, kuih tat nenas, minum air sarsi sejuk. Slurpppppp. Sedapnyeeeeeee.


p/s : taknak diet, tak semestinya tak boleh kurus tau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers