Pages

Saturday, March 26, 2011

Jadikan bayi anda sedikit PENGOTOR


Tadi aku terbaca satu artikel pasal penjagaan bayi untuk mengelakkan alahan.

Saje nak berkongsi...


Rumah yang terlalu bersih dan bebas daripada haiwan sebenarnya adalah persekitaran yang boleh membuatkan bayi mendapat alahan. Ini berdasarkan hipotesis kebersihan - bayi yang dilahirkan dalam persekitaran kurang bersih lebih berdaya tahan dan jarang mengalami masalah alahan.

Didapati bayi yang mempunyai ramai adik beradik, terdedah pada pelbagai virus sejak kecil, ibu bapa memelihara ternakan dan minum susu tidak dipasteur, jarang ada masalah alahan.

Sebaliknya bayi yang hanya ada satu atau dua adik beradik, tidak terdedah pada persekitaran kotor, haiwan atau diberikan antibiotik sejak kecil lebih mudah mengalami alahan. Malah penghantaran bayi ke pusat jagaan harian juga boleh mengurangkan risiko alahan.

*Credit to Harian Metro*


Hehe..actually before aku baca artikel ni, aku memang dah tau.

Agaknya maksud dia sama jugak lah macam kes terlalu manjakan anak. Bila kena cubit sikit dah nangis.

So, kepada ibu-ibu, renung-renungkan dan selamat mencuba!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers