Pages

Tuesday, March 22, 2011

Kami PRIHATIN

Selepas 3 hari berkahwin...

"Hai..mata nampak sembap je. Muka pun pucat. Tak cukup tidur ye?"

"Letih nampak?? Keje ye malam tadi??"


Selepas 1 bulan berkahwin...

"Dah ada isi??"

"Berapa bulan dah?"


Bila aku sembang sambil melucah ringan-ringan...

"Hamboiiiii....semenjak dah kahwin ni, dah pandai ko yer."

Padahal memang dari dulu aku macam tu. Tambah-tambah lagi kalau ngan geng-seng section 4. Hehehe. Kalau bercakap tu, double meaning aje. Tak lah pelik sangat pun.


Bila aku makan asam...

"Wahh...orang tu dah berisi, makan lebih sikit asam tu."

Padahal memang dari zaman hidup baru nak naik lagi aku dah suka makan asam. Tambah-tambah lagi prune. Perghhh...kecur air liur.


Bila aku pening kepala...

"Mula-mula biasa lah tu, lama-lama nanti ok la dia."

Padahal aku period. Tak pun, kena hujan.


Bila aku teringin nak makan sesuatu...

"Kena carik cepat-cepat ni. Orang mengandung ni teringin dia semacam sikit."

Padahal kalau nak ikutkan tekak ni, hari-hari mengidam makan macam-macam.


Mula-mula dulu rajin lah aku explain yang aku ni sebenarnya itu dan ini, konon nak mengexplain benda yang betul. Tapi kalau dah hari-hari asik cakap benda yang sama, aku letih jugak. So, aku biarkan jela mereka dengan andaian mereka sendiri. Hehehe.

Anggap jela tu dah lumrah bagi orang Malaysia yang memang terkenal dengan sikap PRIHATIN antara satu sama lain.

OK. Huhuhu

4 comments:

velasrizal said...

prihatin jns ni baik punya.. suma org suka

Liverpool, Chelsea VS Malaysia Siri Jelajah Asia Julai 2011

GADIS INI said...

hehe..

alang jum wt facial dekat sblh port aroma bln 4nie nk x..jum a...

price mmg oke la dr yg tmpt dulu,

lets darl..

Miss PIJAOSIX said...

eca, ko ni selalu lari tajuk la...gigit kang..

prihatin ni ade 2 ..

1- nak amik berat
2- nak menyebuk tahap tenuk

CHENTA said...

rizal--tau xpe..telalu prihatin tu pun payah gak

pija--prihatin yg no 2 tu yg wat wa rimas + bosan sbnrnyeeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers