Pages

Thursday, June 16, 2011

Gathering Week

Poyo je title..heee

Setelah tak jumpa sekian lama.

Hari sabtu lepas, aku jumpa ex-section 4. Ina, kak Linda, Pija and Alin (yang dua orang ni dah selalu sangat lah pun..). Nak jumpa ni pun bila Ina tiba-tiba nak meninggalkan Shah Alam katanya. Aku ingatkan ko sampai kahwin nak dok Shah Alam tu na. Heheh.





Hari ahad jumpa Fahmi lak, ex-opismate. Macam dah kurus sikit la ko. Tapi perangai ko maintain gak cam dulu. Heheh. Panjang aku besembang dengan ko. Mesti ko puas giler dapat bergosip lama-lama dengan aku kan?? Hahahaha.





Erm..

Sebenarnya aku rindu banget dengan kengkawan lama aku. Sangat-sangat. Kengkawan sekolah, budak-budak U, geng Utusan, geng keje dulu. Tapi kadang-kadang aku rasa masa tu macam takde je nak jumpa dengan korang. Ke aku yang tak pandai cari masa? Ke korang pun sibuk gak macam aku? Heee.

Whatever.......One sweetday. ;)

Sunday, June 12, 2011

Minah JUSCO takde adab

Lastweek aku meronda dulu kat Jusco Bukit Raja before balik kampung. Tengok-tengok ada sale. Tiap kali aku datang mana pernah yang tak sale Jusco ni. So, aku pun ambik kesempatan la untuk cari apa-apa yang boleh perabihkan duit. Yang aku berkenan, bra and baju.

Skang ni kalau beli baju, aku memang kena try dulu. Takleh pakai rembat je macam dulu. Kalau pakai rembat je, silap-silap nak buat sarung nangka pun takleh dah. Nak dijadikan cerita, aku pun pergilah fitting room. Adalah 2 minah ni yang jaga depan tu and bagi aku card macam biasa. Kunun-kunun taknak orang curik. Selalunya kalau tempat tu besar, aku ajax je Cipong masuk sekali. Tapi malam tu Cipong tunggu kat luar je. Bila aku dah try, aku panggil Cipong masuk. Sebab aku macam segan nak bagi orang lain tengok.

Bila Cipong dah masuk, tiba-tiba pintu aku kene ketuk sambil suara betina jerit,

"Lelaki takleh masuk".

Sejibik macam JAIS tengah buat operasi. Yang Cipong ni plak dah kelam kabut nak bukak pintu. Aku pun ape lagi, aku tutup balik pintu dengan cara kasar sket. Nak protes aa kunun ok. Hikhik. Aku dah hangin satu badan ni. Sakit hati. Dah la aku tengah kusyuk cuba baju satu-satu, minah ni plak sibuk menyalak kat luar pintu. Aku dah nekad, once aku keluar dari pintu tu, aku memang nak sound je minah bongok ni.

Tapi bila dah keluar, aku tengok sekor pun takde. Aku tanya promoter lain mana minah tu. Aku cari tu. Nak puaskan hati. Heee. Last-last tak gak jumpa. Aku pun melepaskan geram kat promoter yang lain. Hahahaha.

Aku mintak promoter tu ajar member-member dia yang lain tu beradab sikit. Jangan nak pakai sergah je. Bagi aku agak kuranghaaajarrr dia buat camtu. Coz depan tu aku tak nampak pun ada apa-apa signboard yang mengatakan as "LADIES AREA". Tu satu hal, yang aku sakit hati tu, cara dia tu ibarat aku and Cipong nak beromen plak kat dalam bilik kecik tu. Yang aku bawak masuk tu, laki aku hokeyyyyyyy.

Dia ingat aku bawak laki dia ke masuk dalam tu????

Grrrrrrrr........

Saturday, June 11, 2011

I am twenty six years old

Sungguh tak sangka, tahun yang ke 26 ni, aku celebrated beday atas katil.

No..no..no..heeee

Malam 31/05/2011 tu, sikit pun aku tak teringat nak tunggu detik kol 1200 macam tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau dulu tu bangga giler jadi orang pertama yang wish. Heeee. Tapi malam ni aku penat sangat, kusyuk gila tidur padahal masa tu baru je kol 9 lebih.

Tepat kol 1200pm, supriseeeeeee. OMG!!!

Aku terjaga bila Cipong bawak cake with lilin masuk bilik tidur. Masa tu rasa macam mimpi pun ye. Mana taknya, lampu bilik sume da tutup. Tinggal cahaya lilin tu je yang menerangi bilik ku malam tu. Wowwww. Very very very suprise ok. Tetiba rasa suasana romantika giler siut. Hahahaha.

Tahun ni aku tak celebrate kat mana-mana restaurant ke, tepi pantai ke, etc. Juz kat rumah but tahun ni la aku rasa special giler when celebrated my beday atas katil. Hahahha. Tiup lilin, potong cake, makan cake, semua atas katil. I likeeeeeee....hikhik.


END.




Bangun pagi. Masa nak solat subuh, tetiba ada plak bungkusan atas sejadah. Lagi skali OMG!!!! Lagi sekali wat hati ku berbunga-bunga. Heeee. Aku dapat hadiah...Yeeyyyyyyy. Rilek..solat dulu baru bukak. Tadaaaaa....luv it so muchhhhh mucchhhhhh.

Seriously, aku tak bajet langsung Cipong plan wat semua ni coz aku tak nampak pun bila masa dia bawak balik cake and bila masa plak dia bungkus hadiah. Thanks dear. Luv u muahhh muahhhhh.



Syukur alhamdulillah, aku besyukur atas rezeki yang aku dapat selama ni. Aku berterimakasih kat mak ayah aku yang dah besarkan aku selama ni. Kat family aku yang jaga aku selama ni. Terima kasih sangat-sangat. And terima kasih to Cipong yang mengambik alih tugas mak ayah aku tuk menjaga aku. Jaga aku elok-elok ok.

Sayang semua and doakan aku panjang umur.

Friday, May 27, 2011

Nothing but have something

aku tak tau nape lately aku malas giler nak mengupdate blog kesayangan ku ni. sayang kunun, tapi terbiar jugak. tak berjaga. huhu kalau nak ikutkan, hari2 aku nak update. tapi bila penyakit malas menguasai diri, aku tak mampu nak melawan. aku layan kan saje penyakit tu. lagipun blog aku ni bukan ada orang nak baca. sendiri tulis, sendiri baca. hahaha.

tu baru blog. lom fb lagi. aku dah lama giler tak bukak fb. maksud tak bukak tu, bukan la tak bukak langsung. sekali sekala tu ada jugak la ku bersiar-siar dalam tu cuma aku tak menjelma je kat wall sendiri mahupun wall member yang lain.

sebab, aku bosan bila hari-hari asik nak tengok orang meroyan je dalam fb tu. serius bosan. sampaikan cite bawah kain pun nak meroyan bagai nak rak kat wall tu. alangkah bagusnye kalau aku leh delete ayat-ayat giler talak mereka kat wall tu. mesti satu kepuasan bagi aku. hahahaha. kalau nak meroyan pun, bagi lah ayat yang sedap didengar sket. ni tak.......eeee bluweekkkss

ops.cukup la. kalo tulis panjang sangat, orang ingat aku meroyan plak kat blog sendiri. hahahha. tapi name pun blog sendiri, x appear pun kat blog orang lain. pedehal??

apa motif ku menulis malam ni? zero.

Monday, May 16, 2011

Cameron Highlands




Friday, May 6, 2011

1001 Sebab

Wahai saudaraku yang amat ku sayangi...

sesungguhnya aku tahu kau sedang menghadapi masa yang sukar ketika ini...

sesungguhnya aku tahu kau sedang lemah ketika ini...

kedua-duanya berlaku serentak...

aku tahu betapa payahnya bagi kau untuk menghadapinya seorang diri...

betapa buntunya fikiranmu dalam memikirkan corak jalan yang terbaik...

betapa deritanya kau menghadapi sesuatu yang tanpa diduga...

betapa banyaknya airmatamu dalam meluahkan kesedihan...

tetapi ingatlah wahai saudaraku...

sesungguhnya yang terjadi itu PASTI ada hikmahnya...

setiap apa yang berlaku itu PASTI ada 1001 anugerah terindah...

berilah ruang pada diri sendiri untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah...

berilah ruang pada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik daripada semalam...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

tetapi percayalah...

Allah akan menduga manusia mengikut kemampuan hamba-Nya...

sesungguhnya kau adalah golongan yang terpilih oleh-Nya...

sesungguhnya Allah tahu kau kuat dalam menghadapi segala dugaan ini...

bersabarlah menghadapi hari-hari yang mendatang...

kerana setiap kesabaran itu Allah menjanjikan yang TERBAIK...

yakinlah pada Allah...

Tuesday, May 3, 2011

Fly to PHUKET


Tak pernah terpikir pun nak honeymoon kat Phuket. Kalau tanya mana tempat idaman, sah-sah Negara omputih jadi pilihan. Hahaha. Sebabkan harga tiket meletup, kami pun booked jela. Masa tu, bila tarikh nikah pun tak tau lagi. Pape pun, Phuket memang BESTTTT. Giler punya best. Tu pun kami pakai redah je. Sampai sana, baru cari hotel, pastu baru plan nak g mana-mana. Kami pilih Patong. Memang tak salah. Tapi aku tak suka perangai local kat sana. Mula-mula pujuk baik je tapi bila kita say NO, mula aa tunjuk muka setan.

Day 1 : Patong Beach.


Kitowang jalan kaki je nak cuci mata. Seronok gila tengok tempat-tempat kat sana, suasana, orang ish macam-macam la. Petang tu kami pergi Bangla Road. Start kol 6pm, jalanraya besar tu akan ditutup, so tempat tu akan bertukar jadi tempat shoping. Ala-ala uptown la. Bila malam, keluar la segala tiger tuk wat show. Perghh. Mari mariiiii kasi tip. Hahaha. Tiap sudut tempat kami masuk. Memang best. Tak tau nak cakap camne. Giler heaven. Memang hidup la malam kat Patong. Satu malam pusing pun tak abis.


Day 2 : Krabi


Pagi-pagi bangun pergi trip ke Krabi plak. For this trip we paid for RM300 for 7hours. Memang sehari suntuk duduk atas bot jela coz dia akan bawak ke Phi Phi Island, Maya Bay and Krabi. Aku ni suka pulau tapi takut air. Serius!! Bayangkan orang lain boleh menjerit (ala-ala adventure aa kunun) bila bot tu melompat tapi aku menangis macam nyawa dah tak panjang. Aku tak pandang kiri kanan. Aku juz tutup mata and pegang tangan Cipong kuat-kuat. Aku ikat safety jacket kuat-kuat kat badan. Aku paksa Cipong pakai jugak. Sebab aku dah imagine, kalau bot tiba-tiba tergolek, camne Cipong nak selamatkan aku kalau dia tak pakai safety jacket. Nampak kan betapa aku takut?? Tapi bila dah tengok pulau, tak payah cita la. Memang superb indah belaka. Kagum ngan ciptaan-Nya.


Day 3 : Island Safari

First time naik gajah. Kalau pernah pun, masa tadika je kot. Tu pun, rasa nak turun cepat je. Pastu kitowang pergi becanoe, tengok boxing, buffalo photo, monkey show, elephant show. Banyak activity yang relax and santai je.


Day 4 : Jungceylon and ++++ Soping sakannnnn....

Apa yang best and tak best Phuket?? Makanan Hancus. Masa kat sana, payah betul nak cari makanan halal. Kalau ada pun signboard Halal, aku tak confident nak makan. Satu-satunya tempat makan yang halal and OK is Gadaffi. Betul-betul berdepan dengan masjid. Bila nak makan je, mula la rasa bersyukur duduk kat Malaysia. Heheee Transportation Dari airport ke hotel, baik ambik Taxi meter. Murah and selesa. Tak payah share dengan orang lain. Kat sana motor pun leh jadi taxi. Paling takleh lupa, kitowang naik bertiga and aku duduk belakang skali. Cipong je yang pakai helmet. Aku yang duduk belakang ni, takde lak dia bagi helmet. Hahaha. Accomodation Banyak sangat. Tak payah la takut kalau tak sempat book awal. Memang bersepah hotel. Tinggal nak pilih je. Siap leh nego lagi. Pendek cite, memang syioookkkkk la pergi sana. Rasa tak cukup 4 hari. Sweeeeet sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers