Pages

Saturday, March 26, 2011

Jadikan bayi anda sedikit PENGOTOR


Tadi aku terbaca satu artikel pasal penjagaan bayi untuk mengelakkan alahan.

Saje nak berkongsi...


Rumah yang terlalu bersih dan bebas daripada haiwan sebenarnya adalah persekitaran yang boleh membuatkan bayi mendapat alahan. Ini berdasarkan hipotesis kebersihan - bayi yang dilahirkan dalam persekitaran kurang bersih lebih berdaya tahan dan jarang mengalami masalah alahan.

Didapati bayi yang mempunyai ramai adik beradik, terdedah pada pelbagai virus sejak kecil, ibu bapa memelihara ternakan dan minum susu tidak dipasteur, jarang ada masalah alahan.

Sebaliknya bayi yang hanya ada satu atau dua adik beradik, tidak terdedah pada persekitaran kotor, haiwan atau diberikan antibiotik sejak kecil lebih mudah mengalami alahan. Malah penghantaran bayi ke pusat jagaan harian juga boleh mengurangkan risiko alahan.

*Credit to Harian Metro*


Hehe..actually before aku baca artikel ni, aku memang dah tau.

Agaknya maksud dia sama jugak lah macam kes terlalu manjakan anak. Bila kena cubit sikit dah nangis.

So, kepada ibu-ibu, renung-renungkan dan selamat mencuba!!!

Thursday, March 24, 2011

Sedetik Lebih

p/s : sila abaikan mata dan bibir anuar zain


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


--------------------------------------------------------


Aku tak pernah nak suka dengan lagu Anuar Zain. Tapi SEDETIK LEBIH buat aku jatuh cinta.....dengan lagu ok. Bukan dengan Anuar Zain. Heheheh.


Oh layannnnn...Oh bestnye laguuuu.....Ohhhhhhhh


Arghhhhhhhh

Tuesday, March 22, 2011

Kami PRIHATIN

Selepas 3 hari berkahwin...

"Hai..mata nampak sembap je. Muka pun pucat. Tak cukup tidur ye?"

"Letih nampak?? Keje ye malam tadi??"


Selepas 1 bulan berkahwin...

"Dah ada isi??"

"Berapa bulan dah?"


Bila aku sembang sambil melucah ringan-ringan...

"Hamboiiiii....semenjak dah kahwin ni, dah pandai ko yer."

Padahal memang dari dulu aku macam tu. Tambah-tambah lagi kalau ngan geng-seng section 4. Hehehe. Kalau bercakap tu, double meaning aje. Tak lah pelik sangat pun.


Bila aku makan asam...

"Wahh...orang tu dah berisi, makan lebih sikit asam tu."

Padahal memang dari zaman hidup baru nak naik lagi aku dah suka makan asam. Tambah-tambah lagi prune. Perghhh...kecur air liur.


Bila aku pening kepala...

"Mula-mula biasa lah tu, lama-lama nanti ok la dia."

Padahal aku period. Tak pun, kena hujan.


Bila aku teringin nak makan sesuatu...

"Kena carik cepat-cepat ni. Orang mengandung ni teringin dia semacam sikit."

Padahal kalau nak ikutkan tekak ni, hari-hari mengidam makan macam-macam.


Mula-mula dulu rajin lah aku explain yang aku ni sebenarnya itu dan ini, konon nak mengexplain benda yang betul. Tapi kalau dah hari-hari asik cakap benda yang sama, aku letih jugak. So, aku biarkan jela mereka dengan andaian mereka sendiri. Hehehe.

Anggap jela tu dah lumrah bagi orang Malaysia yang memang terkenal dengan sikap PRIHATIN antara satu sama lain.

OK. Huhuhu

Monday, March 21, 2011

Harimau tanpa badan dan jantina

Aku besyukur plus suka giler bila company aku sekarang ni tak gunakan Rimau untuk urusan gaji dan sebagainya. Sebab, aku dah banyak mengalami pengalaman yang buruk plus menyakitkan hati dengan salah satu bank yang tersangat popular kat Malaysia ni.

Sebelum ni aku memang dah banyak dengar komplen pasal bank ni. Tapi seriously aku tak pernah expect benda yang sama akan jadi kat aku. Sekarang aku salah seorang mangsa yang dah terkena selain suami aku, kawan-kawan aku, ex-bos aku, ex-opismate aku.


Aku - Dulu kat company lama, aku terpaksa guna Rimau. Selalunya kalau aku tak guna duit atau ada duit berlebih, aku akan peramkan aje dalam bank tu. Malas nak kuarkan. Maknanya, transaction aku dalam sebulan takkan lebih daripada 3 transactions. Paling kuat pun, withdraw gaji and bayar keta. Tu je. Tapi bila tiba-tiba aku wat sport check kat penyata ringkas, aku tengok ada transaction yang aku sendiri tak pernah tau. RM56.00. Tak tau apa punca, tau-tau duit aku dah lesap. Aku dah panas. Mencarut la.


Suami Dia ni memang rajin check penyata ringkas. Sebab kerajinan dia tu la yang pengaruh aku untuk buat benda yang sama. Dulu, dia selalu merungut duit dia kene tolak RM23-30. Sampai lah sekarang, selang dua hari, duit dia kena tolak RM2.


Ex-bos - Pun sama.


Ex-opismate Lebih kurang je kes dia ngan aku. Beza jumlah je. Dia siap pesan kat aku, “kalau salary u dah masuk, cepat-cepat keluarkan before they deduct your money”.


Sebelum ni Cipong pernah persoalkan benda ni kat bank. Dan macam biasa, kita akan kalah dengan jawapan diorang yang entah apa-apa. So, aku malas nak tanya dah. Tambah-tambah lagi, diorang akan mintak kita datang sendiri ke cawangan terdekat dan aku tau, aku takkan dapat balik duit tu. Aku percaya, mesti dah ramai yang kena. Masa nak deduct duit aku, takde plak nak suruh aku datang bank bagai.


Mungkin aku tersilap....


Mungkin ada deduction yang tertentu yang aku tak pernah tau. Tapi, kalau betullah ada deduction tertentu ni, maknanya tak salah jugak lah aku beralih ke bank lain sebab selama aku guna Pablikbeng untuk bayar bil Celcom, bil Astro, bil utility, loan PTPTN, tak pernah plak ada hidden caj. Semua transaction aku very transparent. Serius.


Pesanan aku : Kepada sesiapa yang aktif menggunakan Rimau, rajin-rajinlah cek penyata ringkas. Lagi bagus, dapat gaji je terus withdraw semua, simpan kat bank lain. Nampak macam payah. Tapi lagi baik daripada hilang duit. Tu pun kalau sayang duit lah.


Sikit-sikit, lama-lama jadi BUKIT.

Sunday, March 13, 2011

Saguhati untuk hari ini

Tengah aku kusyuk wat keje tadi, tiba-tiba someone ketuk pintu bilik aku.

"Nah, duit kau."

Aku dapat saguhati RM100. Wahh..rejeki jangan ditolak. Hee. Alhamdulillah.

Tiba-tiba pagi isnin aku yang penuh bulus ni terus betukar jadi indah menawan. Haha.

Tak semua yang dapat saguhati ni. Cuma mereka-mereka yang berkahwin untuk pertama kalinya, mereka-mereka yang bersalin, mereka-mereka yang masuk wad and mereka-mereka yang apa tah lagi.

So, memang langkah kanan lah duit ni datang dalam poket aku. Tau-tau je aku nak beli handphone baru. Huhu.

Dan pagi ni jugak la, aku sign letter for staff confirmation. Kejap je rasa 3 bulan.

Now, aku dah jadi permanent staff kat tempat baru ni. Alhamdulillah.

Saturday, February 19, 2011

Yeyen's Birthday Party






Sekarang aku tengah demam. Takde nafsu nak tulis panjang-panjang. Cuma, aku saje nak kasi imbau sket birthday party Yeyen lastweek. Layannnnn..

Thursday, February 10, 2011

Selamat Hari Lahir Firqan Ar Rayyan

Semalam, 10 Feb 2011 genap umur my luvly son, Yeyen setahun.

Tapi semalam ku dapat tau yang Yeyen tak berapa nak sehat sangat. Asyik merengek. Tak nak main sendiri. Asik mintak didukung. Makan pun tak mau. Hingus meleleh. Dis is first time. Agaknya yeyen pun tau umur dia dah meningkat kot.

Petang tu, aku dapat sms dari along. "Mak cakap, Yeyen rindukan ko kot."

Uish!! Aku memang tak leh dengar bab2 camni. Tak sanggup rasa nak biar baby kesayangan aku terus derita merindu. Hahah. Pas keje, terus ku cabut balik umah mak. Masa tu Yeyen tengah tidur. Sayang, dapat gak mama cium ko and wish you when you is one.

Nak cite sket. Yeyen nak tau tak...

Yeyen cucu atuk and wan yang pertama and anak buah yang pertama to ibu, mama and uncle.

I always miss you when kite bejauhan. Asik cite pasal Yeyen je kat Uncle Cipong sampai uncle pun dah naik boring agaknya. Heheh. Bila dah jumpa, mesti Yeyen nak bekepit ngan mama je. Tak nak ngan orang lain dah.


Atuk suka bawak Yeyen jalan-jalan naik motor. Paling tak tahan, bila atuk pegang Yeyen sebelah tangan pastu atuk rempit laju-laju. Ishhh atuk2.

Wan suka panggil Yeyen "dak nelo" wan.

Yeyen suka korek poket daddy kalo daddy balik keje. Tah apa yang Yeyen cuba carik agaknya.

Yeyen suka wat aksi yang entah apa-apa kalo tengah menenen. Menonggeng la, berdiri la. Pastu gigit nipple mummy.

Ibu selalu basuh berak Yeyen kalo mummy ada keje lain atau tiba pemalas mummy.


Kalo cakap pasal uncle cu, mesti yeyen pandang almari yang ada gambar uncle. Muka uncle cu sama cam almari ye?? Hehe

Masa Yeyen dalam perut, we all sume panggil Yeyen as Piqan. Tapi bila dah kuar, atuk tukar nama Ayen.

Dan semalam, Yeyen dah pandai melangkah perlahan-lahan. Alhamdulillah.

Dah cukup. Sket je ye.

Now, mama planning to do a small birthday party for you dear.

Not a suprise, sebab Yeyen tak paham lagi what is suprise. Cukup la mama dapat wat Yeyen excited bila dapat beramai2 on that day.

So, juz wait this saturday nite.

P/S : Yeyen..yeyen..i love u so much much much much ok. Only you can feel it. Dats why u love me than ibu kan?? Hihihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers